Judul : Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM
link : Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM
Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM
"Dalam BN, apa sahaja kita selesaikan secara kekeluargaan dan muafakat," itu kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 14 nanti.
Perdana Menteri menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC Jumaat ketika diminta mengulas mengenai konflik seperti MIC dan MyPPP untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands.
Beliau berkata BN akan meneruskan tradisi semangat setiakawan dan persefahaman dalam soal ini.
Pengerusi BN itu yakin faktor itu dapat mengelak berlaku pergeseran dan perebutan kerusi antara parti komponen dalam BN.
"Parti komponen bersetuju dengan pendirian ini dan mereka sepakat menerima keputusan. Soal yang utamanya bukanlah melobi tetapi pilihan rakyat yang akan diberi pertimbangan utama.
Aapun Najib menegaskan faktor penentu dalam pemilihan seorang calon tetap berasaskan pilihan rakyat.
“Soal utama kita ialah bukan soal lobi tetapi soal apa yang dianggap sebagai pilihan dan kehendak rakyat perlu diberi pertimbangan utama,” katanya.
Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup dan Pengerusi MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
Sementara itu ditanya mengenai lawatan beliau ke Washington pada 12 September ini Najib memberitahu beliau antara lain akan membangkitkan isu Rohingya dalam perbincangan dengan Presiden Donald Trump bagi memastikan satu penyelesaian dicapai.
Perdana Menteri berkata beliau akan turut dimanfaatkan pertemuan itu untuk melobi Malaysia sebagai rakan dagang AS yang mempunyai asas kukuh, sekali gus membuka pintu pelaburan dua hala.
"Kita ada inisiatif tertentu yang akan dijalin dengan AS selepas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) gagal dilaksana membabitkan 11 negara anggota.
"AS ketika ini adalah pelabur kedua terbesar Malaysia dan kita menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik daripada lawatan kerja rasmi ini," katanya.
Beliau menyifatkan pertemuan dengan Presiden Amerika itu saluran terbaik untuk mengukuhkan hubungan bilateral kedua-dua negara.

Sekianlah artikel Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/penentu-calon-bn-tetap-berasaskan.html
0 Response to "Penentu calon BN tetap berasaskan pilihan rakyat - PM"
Posting Komentar