PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA

PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA
link : PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA

Baca juga


PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA

Pembatalan pesta arak terbesar ‘Better Beer Festival 2017’ yang awalnya dirancang di sebuah pusat beli-belah terkenal ibu kota selama dua hari pada bulan depan sama sekali tidak akan memberi kesan kepada industri pelancongan.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sekali gus menolak tohmahan buruk sekumpulan Ahli Parlimen DAP dan PKR bukan Muslim baru-baru ini konon pembatalan acara itu bakal menjejaskan sektor pelancongan tempatan.

Badan kebangsaan tersebut yang mewakili lebih 3,100 anggota di seluruh negara turut menolak sebarang impak negatif yang dikatakan akan timbul daripada langkah tegas penolakan kelulusan pesta arak berprestij tersebut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin lalu.

Presiden MATTA, Tan Kok Liang yang dipetik beberapa portal berita tempatan malah menegaskan: “Pelancong asing sanggup datang untuk melawat Kuala Lumpur bukan untuk berpesta arak” sebaliknya mahu menikmati keunikan panorama indah dan warisan kebudayaan masyarakat setempat.

Untuk rekod, acara tahunan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Bir Antarabangsa pada bulan lalu yang dirayakan di 207 buah bandar raya di 50 buah negara tetapi diharamkan di kebanyakan negara Islam kerana dibimbangi membawa pelbagai kesan negatif kepada masyarakat.

Beberapa hari lepas dalam satu kenyataan bersama, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Datuk Dr. Tan Kee Keong dan Lim Lip Eng menyatakan kekesalan apabila DBKL tidak meluluskan ‘Better Beer Festival 2017’ sehinggakan badan penguat kuasa tersebut dilabelkan sebagai jaguh agama.

Kumpulan itu juga mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya segara campur tangan kerana anggap ia bakal menjejaskan industri pelancongan Malaysia dan kononnya ramai pelancong asing akan berasa takut untuk datang melawat ke negara ini.

Ini kerana pengharaman pesta arak sedemikian konon boleh “dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan”. Kenyataan biadab mereka itu namun dibantah keras oleh PAS sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia. – Agensi


PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA

Sekianlah artikel PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/pelancong-datang-bukan-mahu-pesta-arak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PELANCONG DATANG BUKAN MAHU PESTA ARAK PUN – MATTA"

Posting Komentar