Judul : Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan...
link : Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan...
Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan...
Dari empat kini sudah jadi enam.Meriah sungguh Pakatan Harapan kenduri jawatan dengan lantikan terbaru dua lagi bagi jawatan Naib Presiden yakni M. Kulasegaran dari DAP dan Christina Liew dari PKR.
Al-kisahnya Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat akan mewakili suara kaum India manakala Christina,ADUN kawasan Api-Api dan Pengerusi PKR Sabah untuk jadi suara dari Sabah.
Pengumuman lantikan terbaru ini dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat pakatan itu di Kuala Lumpur Isnin.
Kulasegaran telah melepaskan jawatan sebagai Bendahari dan jawatan itu diamblih alih oleh Datuk Husam Musa.
Sebelum ini lantikan struktur kepimpinan Pakatan Harapan pada Julai lalu telah menjadi bahan bualan dalam arina politik kerana ada tiga bos besar serentak jadi kepala.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam penjara jadi Ketua Umum,Dr Mahathir sebagai Pengerusi manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Presiden.
Di barisan Timbalan Presiden pula ada tiga Lim Guan Eng (DAP), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) dan Mohd Sabu (PAN).
Naib Presiden empat yakni Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir , Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.
Lantikan Kulasegaran dan Christina menjadikan jumlahnya enam.
Siapa tahu kalau-kalau makin dekat pilihanraya umum ke 14 nanti ada lagi yang akan dilantik sebagai Naib Presiden mewakili suara komuniti atau puak dalam pakatan itu.
Kalangan pemerhati politik menilai lantikan terbaru ini mengambarkan bagaimana struktur kepimpinan gabungan empat parti itu belum beres.
Gabungan itu nampak lebih galak untuk memuaskan hati pelbagai kelompok sehingga mencetuskan senario ' banyak kepala'.
Malah isu siapa bos dalam pakatan itu masih menjadi soalan besar.
Pencanggahan sudah terserlah seperti dalam isu restu Anwar kepada Azmin untuk menjalankan usaha mengurat kerjasama PAS dengan PKR.
Azmin melenting terhadap komen Dr Mahathir bahawa Pakatan Harapan tidak setuju dan tidak akan adakan hubungan dengan PAS.
Apa lagi Menteri Besar Selangor itu ingin seolah mengingatkan bekas Perdana Menteri itu mengenai kuasa bos besarnya untuk bersuara dengan memberitahu Anwar bukan saja Ketua Umum PKR tetapi juga Pakatan Harapan.
Dr Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri dan Pengerusi BN selama 22 tahun tentu tahu bagaimana rumitnya menghadapi realiti politik 'bila ada dua harimau diatas bukit'.
Kini bukan dua tetapi dalam Pakatan Harapan ada tiga harimau serentak.
Jangan lupa ini belum masuk harimau yang duduk diam-diam di belakang yakni DAP.
Siapa boleh nafi parti itu mempunyai kuasa politik terbesar dalam Pakatan Harapan sekarang.
Kata orang itu mungkin diam ada makna.Tengok apa jadi kalau harimau mengaum.
Kecuali episod memghadapi tentangan terbesar dari Team B Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dan krisis Reformasi penyingkiran Anwar pada 1998....selama 22 tahun dulu bila suara Dr Mahathir mengaum semuanya tunduk diam dan sokong.
Memang mudah untuk mentabir parti dan negara dengan kuasa yang sebegitu.
Kini dalam suasana hubungan 'bulan madu' dalam Pakatan Harapan lain ceritanya.
Silap cakap ada yang pasti terguris dan tarik muka atau melenting seperti Azmin.
Jangan lupa negara menjadi taruhan...untuk bersilat dicelah ' kepala' yang banyak ini.

Sekianlah artikel Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/makin-banyak-kepala-yang-mengaum-dalam.html
0 Response to "Makin banyak 'kepala' yang mengaum dalam Pakatan Harapan..."
Posting Komentar