Judul : MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA
link : MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA
MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi punca masyarakat Melayu Malaysia sekarang berpecah-belah.
Perpecahan Melayu berlaku selepas Mahathir ditentang Tengku Razaleigh Hamzah, selepas Tun Musa Hitam dan Datuk Sri Anwar Ibrahim “digugurkan”.
Kemuncaknya, orang Melayu dalam UMNO berpecah lagi apabila Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malah tergamak bergabung dengan DAP untuk menentang UMNO demi menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun, semasa program Bual Bicara The Malaysian Insight berlangsung baru-baru ini, Mahathir selamba menuduhkan PAS punca orang Melayu dan umat Islam berpecah di negara ini.
Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM mendakwa PAS tidak pernah membawa sebarang perubahan kepada negara.
Tindak-tanduk PAS sebagai sebuah parti politik sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana berjaya memecahkan orang Melayu menjadi dua entiti, kata Mahathir.
“Sebagai parti politik yang bersandarkan Islam, PAS dilihat kini bertentangan dengan ajaran Islam apabila mereka berjaya memecahkan orang Melayu Islam kepada dua entiti.
“Sepatutnya, kita semua (sebagai Islam) adalah sama, mengamalkan ajaran yang sama, mazhab Syafie. Kenapa kena ada dua entiti atas nama Islam yang berbeza?
“Sebelum PAS, tiada pun perpecahan,” kata Mahathir.
Menurut Mahathir lagi agama Islam mengajar umat supaya berbuat baik dan bersatu padu, tapi ia berubah apabila ada segelintir pemimpin Islam yang tidak mengikut ajaran sebenar sehingga menyebabkan berbalah sesama sendiri.
“Berdasarkan sejarah, orang lebih mudah mengikut pemimpin Islam daripada memahami ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
“Ajaran Islam mengajar umatnya berbuat baik dan menyatukan umatnya namun atas sebab peribadi pemimpin, ia berubah menjadi sebaliknya hingga bebalah sesama agama,” katanya lagi.
Namun bekas Perdana Menteri itu tidak menyedari tindak tanduknya sekarang juga menyebabkan orang Melayu terus berpecah.
Mahathir kembali menyerang PAS setelah parti itu berkeras menolak untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional pada PRU ke-14, sebaliknya parti Mahathir itu juga menolak untuk menyertai Gagasan Sejahtera walau dipelawa PAS. – Kedahnews.com

Sekianlah artikel MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/mahathir-tuduh-pas-pecah-belahkan-umat.html
0 Response to "MAHATHIR TUDUH PAS PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU DI MALAYSIA"
Posting Komentar