KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK

KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK
link : KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK

Baca juga


KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK

Tanpa mempedulikan kritikan pembangkang, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan Exco kerajaan negeri hari ini menaiki lori dan mengutip sampah, tugas yang biasanya dilakukan pekerja bawahan.

Malah, Zambry yang memakai pakaian dan topi pekerja perkhidmatan am Majlis Daerah Kampar (MDKpr) membuat kejutan apabila memandu lori sampah sebelum melakukan tugas pembersihan bersama-sama pemimpin lain serta 120 pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di sekitar Malim Nawar.

Beliau kemudian membuat tinjauan di Pasar Awam Malim Nawar dan beramah mesra dengan peniaga dan masyarakat setempat di situ.

Kegiatan itu diadakan pada program Perak Yang Bersih Daerah Kampar sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Batang Padang dan Kampar.

Selain barisan Exco kerajaan negeri, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal, turut hadir.

Ini kali kedua Zambry berbuat demikian selepas kali pertama menaiki lori sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan melakukan tugas sama di Ipoh pada Februari lalu, hingga pihak pembangkang melemparkan pelbagai kritikan terhadapnya.

Zambry berkata, apa yang dilakukan bukan gimik untuk meraih undi rakyat.

“Ini (kutip sampah) bukan soal publisiti murahan politik, jadi saya nak tegur pembangkang, cukup-cukuplahlah … sebenarnya rakyat sendiri boleh memikirkan mana perkara buruk dan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program itu.

Zambry berkata, beliau akan meneruskan kegiatan itu dan menjadikannya program yang mesti dilakukan pada masa hadapan.

“Biarlah pembangkang mereka dengan kritikan yang dilemparkan tetapi yang paling penting kita akan terus melaksanakan program Perak Yang bersih untuk menanam minda mengenai kepentingan menjaga kebersihan kepada masyarakat,” katanya.

Mengenai program Permukiman Menteri Besar, Zambry berkata beliau sudah bertemu dengan seramai 165,000 penduduk sepanjang 10 program itu yang sudah dilaksanakan sebelum ini.

Terdahulu, beliau turut melancarkan program pecah tanah bagi pembinaan 54 unit Rumah Amanjaya Tualang Sekah, iaitu rumah mampu milik kepada rakyat di kawasan berkenaan.


KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK

Sekianlah artikel KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/kutip-sampah-bukan-untuk-publisiti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KUTIP SAMPAH BUKAN UNTUK PUBLISITI POLITIK, KATA MB PERAK"

Posting Komentar