Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah

Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah
link : Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah

Baca juga


Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah

MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan memastikan parti itu mengesyorkan kepada jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan kuasa perdana menteri dalam melantik ketua-ketua dalam berbagai institusi kerajaan.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata cadangan ini akan dilaksanakan jika PH berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"BERSATU (PPBM) akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan HARAPAN (PH) beberapa perubahan dan reformasi besar yang akan kita laksanakan jika berjaya ke Putrajaya.

"Antaranya kuasa perdana menteri dalam pelantikan ketua-ketua institusi utama negara seperti peguam negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan dihadkan.

"Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk memastikan perdana menteri tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat ketua-ketua institusi ini dengan sewenang-wenangnya," katanya seperti yang dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian kepada sekitar 2,500 hadirin dalam majlis sambutan ulang tahun pertama BERSATU (PPBM) di Muar, Johor malam tadi.

Kuasa untuk melantik dan memecat para pegawai tinggi intitusi awam telah dikritik dengan hebat setelah perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak secara tiba-tiba menyingkirkan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara atas sebab-sebab kesihatan pada Julai 2015.

Pada waktu itu, Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1MDB.

Sebelum ini PH berjanji akan membataskan jawatan perdana menteri untuk hanya dua penggal sahaja, jika gabungan itu membentuk kerajaan baru.

Muhyiddin dalam ucapan beliau juga berkata PPBM akan mendesak perubahan yang akan menghalang perdana menteri daripada menjadi menteri kewangan.


Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah

Sekianlah artikel Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/kuasa-pm-untuk-melantik-dihadkan-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kuasa PM untuk melantik dihadkan jika PH menang PRU14 - Muhyiddin...Jangan Nak Bodohkan Rakyat Lah"

Posting Komentar