Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS

Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS
link : Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS

Baca juga


Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berharap PKR mendapat ‘talian hayat’ daripada PAS, Lim Kit Siang mengambil peluang memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penasihat DAP itu menuduh kononnya sokongan Hadi Awang untuk Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sesuatu yang tidak akan dipersetujui oleh kepepimpinan sebelumnya seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Fadhil Noor atau Haji Yusof Rawa.

Justeru Kit Siang menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN).

“Pimpinan dan parti-parti HARAPAN mesti berdepan dengan realiti politik bahawa pertembungan tiga penjuru melibatkan PAS, malah di Selangor akan terjadi juga dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti.

“Sebab itulah lebih awal kita menerima realiti politik ini, lebih besar peluang HARAPAN untuk menewaskan UMNO/ BN malah dalam pertembungan tiga penjuru bagi membawa perubahan ke atas kerajaan persekutuan di Putrajaya dan kerajaan Johor di Nusajaya untuk kali pertama dalam sejarah,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata anggapan pertembungan tiga penjuru akan menguntungkan BN tidak semestinya benar dengan dinamika baru politik negara.

“Saya percaya jika ada pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Johor, PAS tidak akan menang satu pun kerusi dewan undangan negeri Johor dan peratusan undi yang diraih calon PAS diperingkat DUN akan berkurangan di antara 5 peratus ke 8 peratus.

“Ini kerana saya tidak percaya majoriti pengundi PAS akan bersetuju dengan sokongan politik Hadi kepada Najib, 1MDB dan Malaysia menjadi negara kleptokrasi global,” kata beliau.

Lim menekankan HARAPAN perlu mengambil peluang momentum semasa dan tidak membuang masa dan menundanya lagi.

PKR dalam beberapa minggu ini menyaksikan perpecahan dalaman apabila para pemimpinnya membahaskan sama ada mereka perlu terus melibatkan PAS dalam rundingan pilihan raya.

Semalam, Anwar  dalam kenyataannya menyatakan pendirian bahawa rundingan dengan PAS perlu sentiasa dibuka.

Beliau juga prihatin bahawa penangguhan akibat rundingan dengan PAS akan memberi kesan terhadap persiapan pilihan raya, menyatakan menjadi keperluan PKR untuk terus bersatu dan bergerak dengan pantas.

Amat jelas, DAP sudah berpatah arang dengan PAS walaupun pernah tidur sebantal ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) dan sikap Anwar bermain tarik tali dengan parti Islam itu, tentu tidak disenangi Kit Siang.


Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS

Sekianlah artikel Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/kit-siang-tidak-senang-hati-anwar-masih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang tidak senang hati Anwar masih harapkan PAS"

Posting Komentar