Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan

Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan
link : Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan

Baca juga


Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja melabelkan warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim bermasalah untuk Pakatan Harapan, malah beliau juga didakwa berusaha untuk menyingkir Ketua Umum PKR itu sebagai calon ketua negara jika pembangkang menawan Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata gelagat bekas Perdana Menteri itu dapat dihidu secara terbuka apabila membuat pengakuan mempunyai senarai calon dari Pakatan Harapan yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Ini membuktikan bahawa Dr Mahathir masih lagi gila kuasa. Beliau cuba menguasai Pakatan Harapan dan mahu semua yang berada dalam pakatan itu mendengar cakapnya, dengan kata lain dia cuba menjadi seorang diktator.

“Malah saya percaya beliau lebih suka Anwar berada dalam penjara daripada bebas di luar kerana ia boleh mengganggu dan menggugat segala usahanya,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada BNBBC.my portal  bagi mengulas pendirian Dr Mahathir berkenaan warkah Anwar dari penjara yang dikatakan menjadi punca masalah kepada gabungan pembangkang itu.

Kenyataan bekas Presiden UMNO itu adalah sebagai respon kepada kritikan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menegaskan bahawa Anwar adalah Ketua Umum PH dan pandangannya perlu dihormati.

Semalam, dalam satu temuramah bersama CNBC, Pengerusi PBBM itu mendedahkan mempunyai senarai calon Perdana Menteri sesuai daripada pembangkang, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti individu-individu berkenaan.

Sementara itu Sohaimi mengesa Dr Mahathir yang sudah berumur 92 tahun bersara daripada bidang politik.

“Inilah Mahathir, prinsip berhenti makan sebelum kenyang nampaknya tidak bererti apabila beliau hari ini masih ‘lapar’ dan ingin terus berkuasa.

“Orang pencen sepatutnya duduk rumah luang masa dengan anak cucu dan pertingkatkan ibadah pada penghujung usia yang ada,” ujarnya.


Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/dr-mahathir-diktator-dalam-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Mahathir, diktator dalam Pakatan Harapan"

Posting Komentar