'DAP tidak akan menang di Kelantan'

'DAP tidak akan menang di Kelantan' - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'DAP tidak akan menang di Kelantan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'DAP tidak akan menang di Kelantan'
link : 'DAP tidak akan menang di Kelantan'

Baca juga


'DAP tidak akan menang di Kelantan'

KOTA BHARU - DAP tidak akan menang jika bertanding di kerusi Dun Kota Lama dan Galas dalam PRU14, malah tindakan itu akan mendatangkan masalah kepada sekutunya dalam Pakatan Harapan (Harapan).

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP tidak mempunyai tapak di Kelantan dan kemasukannya kembali ke negeri itu hanya menampakkan kerakusannya untuk memperluaskan kuasa.

“Dulu dalam PRU7, 1986, DAP pernah meletakkan calon di kerusi Dun Padang Garong dan Bunut Payong, iaitu Kang Sam Chuan dan Ya’acob Abdullah, dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan BN. Bagaimanapun kedua-duanya hilang wang pertaruhan mereka.

“Sejak 1986, DAP tidak pernah meletakkan calon di Kelantan sehinggalah baru-baru ini apabila dua pemimpin tertinggi DAP Kelantan, iaitu Lee Chin Chen dan Chua Chin Hui, mengumumkan hasrat DAP untuk bertanding di kerusi Dun Kota Lama dan Galas.

“Sukar untuk DAP mendapat undi yang banyak di situ kerana walaupun Dun Kota Lama di Kota Bharu dan Dun Galas di Gua Musang ada pengundi bukan Melayu yang agak ramai, tetapi pengundi Melayu masih membentuk majoriti yang tinggi di sana.

“Persepsi DAP anti Melayu anti Islam yang masih menebal menyukarkan parti itu mendapat sokongan dari pengundi Melayu malah boleh menjejaskan undi yang bakal diperoleh sekutu mereka, iaitu Amanah, Bersatu dan PKR, di negeri itu,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan Timbalan Pengerusi Pakatan Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah, baru-baru ini mengenai permohonan DAP untuk bertanding di Kelantan yang menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat dan pemimpin negeri itu.

Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) itu juga berkata, hasrat DAP untuk bertanding di Kelantan juga boleh menggerhanakan lagi imej DAP di peringkat nasional kerana ia meluaskan lagi persepsi DAP adalah sebuah parti yang tamakkan kuasa.


'DAP tidak akan menang di Kelantan'

Sekianlah artikel 'DAP tidak akan menang di Kelantan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 'DAP tidak akan menang di Kelantan' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/dap-tidak-akan-menang-di-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'DAP tidak akan menang di Kelantan'"

Posting Komentar