DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS

DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS
link : DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS

Baca juga


DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS

Wow... dendam sungguh DAP pada PAS walaupun sama-sama kongsi kerajaan di Selangor.

Terbaru, DAP negeri itu melalui Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menukar portfolio exco PAS ke portfolio yang tidak penting.

Datuk Iskandar Abdul Samad yang kini memegang portfolio penting dalam kerajaan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar dicadangkan supaya ‘diturunkan’ ke portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“DAPSY Selangor menyeru Menteri Besar agar memberikan sedikit tekanan kepada PAS dengan merombak portfolio exco Negeri Selangor.

“Menurunkan exco kanan PAS ke Potfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi berbanding sekarang yang memegang jawatan exco kanan yang penting sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar,” katanya Setiausaha DAPSY, Mohammad Firdaus Babh.

Ia ada kaitan dengan tindakan PAS Selangor yang mengulangi pendirian mereka untuk bertanding di 42 kerusi dari 56 buah kerusi DUN Selangor.

Tindakan tersebut secara jelas, menurut Firdaus, menunjukkan PAS mahu membantu UMNO untuk merampas kerajaan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

“PASSelangor melalui kenyataan persuruhjayanya (Sallehin Mukhyi) berterusan mencabar Kerajaan Pakatan Harapan Selangor dengan mengeluarkan kenyataan media untuk bertanding di 42 kerusi dari 56 buah kerusi DUN Selangor.

“Secara tidak langsung, tindakan ini menunjukkan PAS bersikap talam dua muka yang cenderung membantu UMNO merampas Selangor. PAS juga melalui kenyataan pimpinan mereka, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan tindakan PAS kekal dalam kerajaan Selangor adalah untuk mengekalkan kestabilan kerajaan Selangor.

“Tetapi tindak tanduk PAS menunjukkan sebaliknya dengan ada usaha cuba mensabotaj kestabilan kerajaan Negeri Selangor,” dakwanya.


DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS

Sekianlah artikel DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/dap-mahu-azmin-tukar-portfolio-exco.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP mahu Azmin tukar portfolio exco kanan PAS"

Posting Komentar