"Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan"

"Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan" - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan"
link : "Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan"

Baca juga


"Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan"

PAS Perak menganggap dakwaan bahawa mereka bakal kalah teruk dalam PRU ke14 yang akan datang sebagai satu kenyataan terdesak dibuat oleh orang yang kehabisan modal.

Mereka menyifatkan kenyataan dibuat Presiden PAN, Mohamad Sabu mengenai perkara tersebut sebagai sesuatu yang melucukan datang dari seorang yang pernah menjadi pemimpin penting parti berkenaan.

Mengulas lanjut Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Zakaria berkata beliau sedikitpun tidak hairan dengan kenyataan Mat Sabu, “Mereka  terdesak,” katanya malah “Mat Sabu selaku pemimpin utama PAN dilihat seorang pemimpin yang kehabisan modal.”

Kenyataan Mat Sabu itu katanya merupakan satu helah parti berkenaan bagi mengabui pengundi untuk mengalihkan permasalahan sebenar yang dihadapi parti baru itu bersama-sama parti gabungan Pakatan Harapan (PH)

Katanya, persoalan yang perlu diajukan kepada Mohamad Sabu apakah PAN boleh menang kalau orang Melayu tidak memberi sokongan kepada PH.

"Persoalannya boleh menangkah?dah cuba dah pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kawasan-kawasan yang ini kalau Melayu tak bagi kepada Pakatan Harapan, Beruas dengan Taiping pun jatuh, Sungai Siput belum tentu.

"Mungkinlah kalau kata semangat Cina Ipoh, Barat Ipoh Timur tu dia bolehlah tapi kalau mengharap lagi pergantungan kepada undi Melayu tidak boleh,’’ katanya kepada Agendaily petang Rabu.

Razman berkata apabila ada pendekatan dan sekarang masih lagi berbunyi walaupun PAS telah membuat keputusan berdasarkan kepada Majlis Syura Ulama bahawa putus hubungan dengan PKR tapi masih ada usaha-usaha memandangkan dalam keadaan semasa bahawa secara bersendirian akan memberi kelebihan kepada UMNO.

"Itu dia punya dalam keadaan dan keluar kenyataan daripada setiausaha agung dia sendiri mengatakan bahawa mesti dapat keputusan daripada PH siapa yang menerajui PH?. . . yang ini yang kita kata bahawa Big brothernya adalah DAP.

"Sebab kita berpengalaman... saya sendiri pun berpengalaman di Perak ni tetapi dua tiga tahun bermesyuarat bersama-sama dengan DAP... saya tegas dengan prinsip PAS yang dibawa oleh PAS dan DAP nak mencari seseorang yang boleh `dikuda’... dia nak mencari Melayu yang boleh dikuda yang itu yang dia nak angkat.

"Dalam kontek Perak dia  cuba menguasai…dia cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin yang boleh dikudakan... pemimpin-pemimpin Melayu dalam lingkungan mana-mana  yang boleh dikudakan dan kita lihat DAP pun membuat kajian juga bahawa PAN ini (AMANAH)  tidak boleh membantu apa-apa, tak boleh memberi  apa-apa kekuatan untuk beri mereka kemenangan begitu juga PKR dan PPBM.

"Hanya PAS sahaja yang ada grassroot...jadi kita sekarang kita bertegas dengan prinsip yang ada pada kita.

"Sebab itu saya katakan kita pemimpin diatas ni jangan bercakap kita mengatakan yang dibawah tu  tak tahu apa-apa ..yang bawah kadang-kadang jauh lebih bijak daripada kita,” ujarnya.

Razman menambah "Apabila kita melangkah…kita bercakap dia dah tahu dah mana kita nak pergi jadi kita menyatakan kita tegas dengan prinsip mana-mana orang yang nak berperinsip dia duduk dengan kita  sebab dia orang tahu…dia boleh baca perkataan kita dia boleh baca tak usah selindunglah …dia orang lebih bijak..lebih banyak maklumat …dia orang ada kesempatan membaca berbanding sesetengah pimpinan.

``Kita tak sempat nak baca dia orang boleh buat access semua sekali pemimpin ni cakap apa... pemimpin ni cakap apa kemana hala tuju dia... sebab itu public sekarang nampak hala tuju PAS tegas sebab itu kita kata bukanlah kita tak mahu bertanding, tak mahu menang, tapi kita tidak akan mengadaikan prinsip kita, kita tidak menghalalkan cara.

"Tengoklah macam politik PH sekarang, dulu kutuk Tun Mahathir habis-habisan sekarang apabila Tun sebelah dia untuk menyokong dia jadi dia kata boleh segala-segalanya, segala-galanya okey dah bertaubat dan sebagainya, kalau dah bertaubatpun duduk tepi dululah.

"Masih ada orang lain lagi tak kan tak ada orang yang 30 juta rakyat Malaysia  dan berapa juta yang boleh mengundi ni tak kan tak ada yang berkemampuan cuma dia tak cuba,’’ kata Haji Razman.


"Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan"

Sekianlah artikel "Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan" linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/beruas-taiping-boleh-jatuh-jika-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Beruas, Taiping boleh jatuh jika Melayu tak undi Pakatan""

Posting Komentar