William Leong letak jawatan Biro Politik PKR

William Leong letak jawatan Biro Politik PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul William Leong letak jawatan Biro Politik PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : William Leong letak jawatan Biro Politik PKR
link : William Leong letak jawatan Biro Politik PKR

Baca juga


William Leong letak jawatan Biro Politik PKR

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Selayang William Leong yang juga ahli biro politik PKR meletakan jawatan sebagai membantah langkah parti itu meneruskan perbincangan untuk bekerjasama dengan PAS.

Surat perletakan jawatannya sudah dihantar kepada pucuk pimpinan PKR semalam.

Bagaimanapun jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MPT) PKR kekal tanpa apa-apa perubahan.

“Saya tidak bersetuju parti meneruskan pendekatan bekerjasama dengan PAS apabila sudah jelas PAS sudah ada persetujuan dengan Umno,” kata Leong dipetik portal The Malaysian Insight.

“Saya sudah berikan sebab-sebab mengapa saya tidak bersetuju bekerjasama dengan PAS dalam surat perletakan jawatan saya,” katanya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengesahkan partinya sudah menerima surat perletakan jawatan Leong sebagai anggota Biro Politik.

“Kami akan mencari jalan untuk cuba menyelesaikan masalah ini,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

PAS dalam muktamarnya di Alor Setar pada Mei lalu sepakat memutuskan kerjasama politik yang terjalin dengan PKR sejak 1999.

Bagaimanapun, PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR.

Sebelum ini media melaporkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Dr Wan Azizah itu dikeluarkan beberapa hari selepas beliau dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menziarahi Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang sedang berehat selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.


William Leong letak jawatan Biro Politik PKR

Sekianlah artikel William Leong letak jawatan Biro Politik PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca William Leong letak jawatan Biro Politik PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/william-leong-letak-jawatan-biro.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "William Leong letak jawatan Biro Politik PKR"

Posting Komentar