Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib

Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib
link : Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib

Baca juga


Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib

Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad ko­nonnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya untuk meminta sokongan tidak lebih sekadar bertujuan melaga-lagakan Naib Presiden UMNO itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zein Isma Ismail berkata, niat jahat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jelas dapat dilihat kerana pertemuan yang berlaku selepas 10 hari Ahmad Zahid menjadi Tim­balan Perdana Menteri cuma se­kadar pertemuan biasa.

“Ketika itu, Ahmad Zahid baharu sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sudah tentulah antara individu yang akan beliau temui adalah Dr. Mahathir, atas dasar hormat kepada beliau kerana pengalamannya selaku bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri.

“Namun kenyataan Dr. Mahathir mengenai pertemuan ter­sebut yang cuba menggambarkan seolah-olah Ah­mad Zahid ada mem­buat gerakan untuk menjatuhkan Najib merupakan satu tuduhan tidak masuk akal, fitnah dan berniat jahat.

“Sedangkan, kita da­pat lihat bagaimana Ahmad Zahid hari ini berdiri teguh mendo­kong, setia dan mem­bela Perdana Menteri dalam apa juga isu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Dr. Mahathir men­dakwa kononnya Timbalan Per­­­dana Menteri cuba mendapatkan sokongan beliau dalam per­temuan itu dan dakwaan tersebut dibuat sebaik sahaja Ahmad Zahid mendedahkan asal-usul bekas Perdana Menteri tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Zein Isma berkata, umum mengetahui hubungan antara Ahmad Zahid dengan Najib bukan baharu tetapi telah terjalin sejak zaman Pemuda UMNO lagi dan Menteri Dalam Negeri itu sendiri pernah ber­khidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Najib.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli ser­­ta kepemimpinan UMNO agar tidak mudah termakan dengan apa yang didakwa Dr. Mahathir yang dilihat bertujuan untuk me­nimbulkan syak wasangka sesama pemimpin dan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Saya dapat rasakan kekecewaan Dr. Mahathir apabila melihat Ahmad Zahid terus menumpahkan taat setianya kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau kecewa apabila melihat Ahmad Zahid terus mempertahankan Najib daripada serangan yang dilakukan pembangkang.

“Inilah cara Dr. Mahathir meng­alihkan perhatian rakyat daripada isu kegagalan Pakatan Harapan serta skandal pemerintahannya, kepada isu mahu menjatuhkan Najib,” katanya.



Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib

Sekianlah artikel Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/tuduhan-mahathir-cuba-lagakan-zahid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib"

Posting Komentar