Judul : SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
link : SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak setuju ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dilantik dari kalangan ahli politik.
Baginda berkata ahli lembaga pengarah PKNS seharusnya seimbang dan dilantik dari kalangan mereka yang profesional.
“Mereka boleh memberi pandangan, buah fikiran, nasihat dan tunjuk ajar dalam sektor pembangunan dan hartanah,” katanya semasa merasmikan Ibu Pejabat PKNS semalam.
Sultan Sharafuddin turut berharap PKNS terus memainkan peranannya sebagai badan korporat untuk bersaing di peringkat global di samping bertanggungjawab membantu orang Melayu di Selangor yang berpendapatan rendah.
Baginda berkata peranan berkenaan hendaklah berterusan agar orang Melayu di negeri ini tidak terlalu ketinggalan.
“Perkara ini amat penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum yang ada sekarang ini akan terus dikekalkan,” katanya.
Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin turut merasa dukacita kerana generasi baru kakitangan PKNS lupa mengenai fungsi asal penubuhan PKNS yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Selangor ke-8 Datuk Harun Idris.
“Ia bertujuan menolong orang Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di Selangor untuk mendapatkan rumah yang selesa dan mampu milik.”
Sultan Sharafuddin turut percaya pengurusan PKNS akan kembali ke matlamat asalnya bagi meneruskan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat Selangor.
“Dengan usaha PKNS menyediakan rumah mampu milik bagi orang Melayu berpendapatan rendah di Selangor, ia akan mengurangkan beban rakyat dan memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah sendiri yang berkualiti pada harga yang mampu,” katanya.

Sekianlah artikel SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/sultan-selangor-tidak-berkenan-ahli.html
0 Response to "SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS"
Posting Komentar