Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan

Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan
link : Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan

Baca juga


Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua buah hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.

"Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama Selasa malam.

Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

"Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank," kata Azam.

Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.

"Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa," katanya.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014.

Manakala SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.


Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan

Sekianlah artikel Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/siapa-tusprm-akan-panggil-orang-penting.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa tu???...SPRM akan panggil orang penting FIC dalam kes beli hotel minggu depan"

Posting Komentar