Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS

Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS
link : Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS

Baca juga


Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS

 Pakatan Harapan dilihat bakal mempergunakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) untuk memujuk PAS bersama mereka dalam pilihanraya umum.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berunding dengan PAS.

Menteri Besar Selangor menjelaskan tindakan itu penting supaya tiada pertembungan sesama pembangkang di kerusi parlimen dan DUN.

“Ya, ini adalah proses berterusan di mana kita merasakan perlu ada konsensus di antara kesemua parti pembangkang untuk melihat bagaimana kita menang dalam PRU14.

“Objektif kita untuk menang pilihan raya, maka kita perlu atur strategi untuk melihat bagaimana kemenangan dapat dicapai,” katanya selepas menghadiri Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, Sabtu.

Ahli Parlimen Gombak itu juga menjelaskan bahawa tindakan yang sama pernah dimainkan PKR sebelum ini selepas parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu meninggalkan Pakatan Rakyat dan enggan menyertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM dalam Pakatan Harapan.

Keengganan PAS bersama gabungan pembangkang  itu dijangka mewujudkan pertanding sekurang-kurangnya tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

Pada ketika ini parti Islam itu berada dalam Gagsan Sejahtera bersama IKATAN dan BERJASA.

Sementara itu Azmin menolak persepsi bahawa selaku Pengarah Pilihan Raya PH, beliau mempunyai kuasa veto dalam menentukan agihan kerusi serta calon yang layak bertanding

Pada Khamis lalu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Azmin ke jawatan berkenaan sehingga mengundang kritikan sebahagian akar umbi PKR yang mendakwa Azmin berkemungkinan menyalahguna kuasanya.

Selain Azmin, Presiden PAN, Mohamad Sabu turut dilantik sebagai Pengarah Komunikasi pakatan itu.


Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS

Sekianlah artikel Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/sebenarnya-harapan-lantik-azmin-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebenarnya Harapan lantik Azmin untuk pujuk PAS"

Posting Komentar