Judul : Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR
link : Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR
Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR
SHAH ALAM: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hairan bagaimana spekulasi partinya mengadakan rundingan kerjasama dengan PKR bertebaran sejak akhir-akhir ini.
Beliau kemudiannya mengesahkan PAS tidak pernah mengadakan sebarang usaha untuk mewujudkan kerjasama sekali lagi dengan PKR selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu terbatal pada Mei lalu.
"Sebarang isu mengenai operasi, perjalanan pilihan raya, sayalah orangnya (bertanggungjawab).
"Jika adalah sebarang perundingan tentulah saya orang pertama parti yang tahu. Ini bagaimana saya yang tak tahu ada perundingan? Saya mengesahkan tidak ada sebarang perundingan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Difahamkan PKR menerusi timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih berusaha berbincang dan memujuk PAS bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Azmin mengesahkan perkara itu beberapa hari selepas beliau diangkat menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 kali ini.
Malah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilaporkan berkata PKR tidak menolak kemungkinan parti itu akan kembali bekerjasama dengan PAS dalam mendepani PRU14 nanti.
Diajukan hal itu, Samsuri berkata Azmin dan Wan Azizah perlu menjelaskan maksud di sebalik kenyataan mereka berhubung kerjasama PAS dan PKR itu.
"Beliau (Wan Azizah) kata tak tolak kerjasama, itu kena tanya dengan Wan Azizah apa yang dimaksudkan dengan tidak menolak kemungkinan itu.
"(Juga) Kena tanya Azmin, mungkin beliau ada cubaan tersendiri yang perlu dapatkan kelulusan PKR.
"Pada saya, takkanlah PKR hendak berunding dengan PAS, sedangkan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) pun ada buat kenyataan bahawa sokongan PAS semakin mengecil, seolah-olah tidak lagi relevan, berdasarkan kajian yang dilakukan Invoke," jawab bekas Setiausaha Sulit Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu lagi.
Kemuncak kepada ura-ura kerjasama PAS-PKR hari ini timbul selepas salah seorang Ahli Biro Politik PKR, William Leong meletak jawatan sebagai tanda bantahan langkah parti meneruskan perbincangan dengan parti Islam itu.
Beliau berkata pendekatan itu tidak boleh dilakukan memandangkan PAS didakwanya mempunyai persetujuan dengan Umno.

Sekianlah artikel Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/pengarah-praya-pas-sahkan-tiada.html
0 Response to "Pengarah P'Raya PAS sahkan tiada rundingan kerjasama dengan PKR"
Posting Komentar