Judul : Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi
link : Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi
Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi
Orang Melayu makin menyampah dengan Madey lagi lah.....Kenapa baca fikiran pihak lawan?Tidak tahu bahwa dalam Politik PKR dan DAP makin ramai yang tidak menyokong dan akan berpaling tadah kerana MADEY berada dalam PH...Kita tunggu dan Lihat saja nanti.
AMK mendakwa terdapat ahli di akar umbi Pas yang bingung dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti Islam itu.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menyedari perkara itu walaupun Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR.
“Di peringkat kawasan dan cabang, saya lihat hubungan (dengan Pas) itu masih ada. Ini kerana hubungan itu dah terjalin begitu lama sejak PKR ditubuhkan pada 1998.
“Cuma kadang-kadang kita kasihan juga dengan orang di bawah ini, bila keluar kenyataan daripada (pemimpin) atas mereka rasa susah nak jawab. Kadang-kadang adalah rasa kekok dan membingungkan juga buat mereka di akar umbi ini,” katanya
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungan PKR dengan Pas selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi kedua-dua parti, Mei lalu.
Menurut Nik Nazmi, berdasarkan pungutan suara, trend yang menyokong tetap kepimpinan Pas juga sudah semakin berkurang.
Berdasarkan situasi itu, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan berbanding calon parti sendiri dalam PRU nanti.
“Saya yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia tak kira parti mahu perubahan dalam PRU14. Mereka mahu menyokong gagasan yang konsisten boleh bawa perubahan.
“Mereka tahu, kalau tak nak BN maka pilihannya hanya Pakatan Harapan. Gabungan lain yang tidak tetap dengan pendirian mereka, hari ini cakap lain esok cakap lain, keliru dan sebagainya, itu mungkin rakyat susah nak terima,” katanya.
Ditanya tindakan Pas yang mahu bertanding di kerusi milik PKR, Nik Nazmi berkata, PKR sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk pertembungan tiga penjuru.
“Saya ingat kita dah mencuba (berunding) sekian lama. Bagi kita yang penting PRU14 dah semakin dekat, kita kena sediakan jentera dan buat kerja.
Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi
Sekianlah artikel Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/pemimpin-pas-sudah-melukakan-hati-akar.html
0 Response to "Pemimpin PAS sudah melukakan hati akar umbi, mungkin akar umbi PAS akan menyokong Mahathir pada PRU nanti kata Nik Nazmi"
Posting Komentar