PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000

PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000
link : PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000

Baca juga


PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000

PAS menyifatkan parti itu memperoleh perkembangan positif dalam kes saman yang difailkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menurut Setiausaha Politik Abdul Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar, Rewcastle-Brown diperintahkan oleh mahkamah London untuk membayar presiden PAS itu sekurang-kurangnya GB£15,000 (hampir RM84,000).

Mahkamah pada 2 Ogos dilaporkan memihak kepada Hadi selepas editor Sarawak Report itu meminta deposit wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya presiden PAS itu kalah dalam kes berkenaan.

Ahmad Samsuri berkata mahkamah telah menolak hujah Rewcastle-Brown bahawa beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan perdana menteri mengamalkan rasuah.

“Mahkamah juga tidak menerima hujahan Rewcastle-Brown tanpa membawa bukti, bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.

“Hasil dari hujah kosong dalam permohonan Rewcastle-Brown, mahkamah juga telah mengarahkan beliau membayar dua pertiga dari kos yang terlibat.

“Rewcastle-Brown mesti membayar £15,000 ( hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Tuan Guru Hadi Awang, di mana kuantum pembayarannya akan di pantau oleh mahkamah,” kata Ahmad Samsuri dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Abdul Hadi.

Setiausaha politik kepada presiden PAS itu berkata mahkamah telah menerima tawaran Abdul Hadi untuk membayar RM80,000 sebagai deposit keselamatan.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan Rewcastle-Brown mengemukakan pembelaan dalam tempoh 21 hari.

Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan itu juga tidak dibenarkan oleh mahkamah, katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Rewcastle-Brown untuk mendapatkan maklum balas.

Sebelum ini Abdul Hadi menyaman Rewcastle-Brown atas dakwaan menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tahun lalu, PAS meminta Rewcastle-Brown menarik semula artikel yang disiarkan di laman webnya dan mengeluarkan permohonan maaf.

Bagaimanapun, editor Sarawak Report itu enggan memohon maaf dan mengatakan dakwaan itu telah tersebar luas.-MAlaysiakini


PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000

Sekianlah artikel PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/pas-mahkamah-arah-editor-sarawak-report.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS: MAHKAMAH ARAH EDITOR SARAWAK REPORT BAYAR HADI RM84,000"

Posting Komentar