MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA

MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA
link : MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA

Baca juga


MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berminat untuk menubuhkan sebuah lagi syarikat kereta nasional sekiranya beliau tidak dapat mengembalikan Proton seperti mana yang diasaskannya.



Pengerusi Pakatan Harapan itu yang mahu pembangkang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, berkata syarikat kereta baharu itu akan membantu perniagaan yang terjejas sejak Proton dijual kepada syarikat kereta China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely).



“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” kata Dr Mahathir pada forum tentang pelaburan China di Malaysia.



Menurutnya, sebuah lagi kereta nasional akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pengetahuan dan kejuruteraan tempatan.



“Bagi Proton, beberapa syarikat ditubuhkan untuk membuat komponen dan bahagian untuk kereta itu.



“Kereta perlukan 4,000 bahagian, jadi ia memberi peluang kepada pengilang,” katanya, yang mengeluh syarikat pembuatan tempatan terpaksa ditutup sejak negara tidak lagi memiliki kereta sendiri.



Ahli politik 92 tahun itu kesal dengan penjualan kepentingan Proton, yang menurut beliau dalam keadaan “agak baik” untuk sebuah negara membangun.



“Tidak ada negara membangun lain di dunia ini yang boleh menghasilkan kenderaan pada standard yang sama seperti keluaran negara maju.



“Kereta Proton memiliki ciri-ciri kereta dari negara-negara lain,” katanya.



Beliau berkata kekurangan kereta Proton ialah kerana tidak akur pada pada standard Euro5, yang bagi Dr Mahathir boleh dicapai “jika kita sanggup menanggung kesannya”.



Bercakap kepada wartawan selepas itu, tu, Dr Mahathir berkata beliau akan memperhalusi idea menubuhkan syarikat pembuatan kereta nasional jika diberi peluang.



Bagaimanapun ia mungkin tidak akan berlaku kerana pembangkang dan penyokong mereka mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman untuk melaksanakan rancangan itu.



Ditanya sama ada beliau akan cuba merealisasikan rancangan itu sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan, Dr Mahathir menjawab “mungkin”.



“Kita ada ramai jurutera yang bagus tetapi sudah meninggalkan Proton dan mereka boleh mulakan syarikat automotif baharu.



“Kita ada kemahiran, dari A ke Z. Kita boleh reka, uji… kita ada semua yang diperlukan.”



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang turut hadir di forum itu, bagaimanapun memberi bayangan rancangan seperti itu akan dikaji dengan teliti terlebih dahulu.



“Kita juga bertuah kerana ada pakar yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik, apabila kita menjadi kerajaan,” katanya, menegaskan perkataan “keputusan baik”.



Dr Mahathir menubuhkan Proton pada 1983, dan syarikat pembuatan kereta nasional menjadi simbol dasar perindustrian negara yang kuat.



Proton masih dianggap syarikat kereta negara walaupun selepas ia menjadi milikan swasta kumpulan DRB-Hicom pada 2012.



Proton, pada kemuncaknya, menguasai jualan automobil tempatan dengan 80% kereta baharu yang terjual daripada kilangnya.



Namun sejak 15 tahun kebelakangan ini, Proton berada di belakang Perodua dan kemudian ketinggalan berbanding jenama asing seperti Toyota dan Honda.



Pada Mei, Putrajaya mengumumkan urus janji antara DRB-Hicom dan Geely, dan berkata Proton masih milik negara kerana ia memiliki saham majoriti 50.1%.


MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA

Sekianlah artikel MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/mahathir-bercita-cita-mahu-tubuh-proton.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR BERCITA-CITA MAHU TUBUH ‘PROTON 2.0’ PULA"

Posting Komentar