LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN

LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN
link : LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN

Baca juga


LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN

Veteran politik, Lim Kit Siang hari ini melahirkan rasa berang beliau apabila ditanya wartawan mengenai desakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao yang mahu Penasihat DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.

Malah, semasa satu sidang media di bilik media Parlimen itu, beliau sebaliknya menyuruh wartawan agar membuat penyelidikan sebelum meneruskan soalan berkaitan.

“Saya pernah menjadi pemberita dan kalau ada berita yang trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mulakan soalan atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya kepada media di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Apabila diasak lagi dengan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Ramesh Rao, Kit Siang enggan menjawab.

“No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn’t do a basic check, I feel very sorry.

“Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test’, tetapi wartawan juga perlu lalui ‘test’,” ujarnya.

Semasa sidang media semalam di luar perkarangan Parlimen, Ramesh mendakwa hasil daripada carian laman sesawang ‘Wikipedia’ yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957, telah diubah suai.

Dakwa Ramesh, terdapat suntingan ayat tersebut oleh pihak tertentu bulan lalu dipercayai demi menutup fakta sebenar lokasi kelahiran Kit Siang.

Ini kerana sebelum itu Wikipedia pernah memaparkan beliau berhijrah ke Malaya sebelum negara ini merdeka.

Ramesh dan beberapa individu berhimpun bagi menyerahkan memorandum menuntut Kit Siang menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.

Memorandum itu bagaimanapun gagal diserahkan kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang dan Barisan Nasional. – Awani


LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN

Sekianlah artikel LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/lim-kit-siang-berang-ditanya-isu-tempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIM KIT SIANG BERANG DITANYA ISU TEMPAT ASAL KELAHIRAN"

Posting Komentar