#KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH

#KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH
link : #KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH

Baca juga


#KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH

Kehadiran hampir 100,000 orang di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri perasmian pembukaan Sukan SEA 2017 (KL2017) adalah bukti jumlah itu yang hadir adalah sebahagian dari rakyat majoriti yang sebenarnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berucap pada hari perasmian malam tadi, tatkala beliau menyebut nama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, stadium menjadi riuh dek sorakan penonton yang gembira kehadiran Perdana Menteri sama-sama menyemarakkan pembukaan temasya sukan di Asia Tenggara itu.

Setiap kali gambar Najib dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Ke-V terpampang di televisyen gergasi di dalam stadium, ketika itu juga sorakan bergema.

Tidak ada satu bunyi suara boo atau sesiapa memperlekehkan Najib sepertimana yang kononnya berlaku di dalam media sosial khususnya Facebook.

Hakikatnya, sebahagian besar rakyat yang sokong kerajaan tidak perlukan media sosial tetapi dalam program besar dan utama seperti Sukan SEA ini, mereka keluar beramai-ramai dan menunjukkan kepada dunia bahawa Najib dan kerajaan memiliki sokongan daripada rakyat yang kuat dan kukuh.

Najib tatkala mendengar suara sorakan apabila gambarnya kelihatan di skrin tersenyum sambil kelihatan berbual sesuatu dengan baginda Tuanku.

Majlis pembukaan malam tadi berakhir dengan semangat #BangkitBersama yang menjadi tema KL2017 yang akan berlangsung bermula secara rasmi hari ini sehingga 30 Ogos satu hari sebelum hari kemerdekaan negara.

Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, menghimpunkan 4,900 atlet daripada 11 negara ASEAN, iaitu Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Malaysia dan Timor Leste.

Sebanyak 404 pingat emas daripada 38 acara sukan menjadi buruan dengan luncur ais, hoki ais, hoki dalam dewan dan kriket dianjurkan buat julung kalinya.

Menjelang upacara perasmian temasya dwitahunan ini yang membawa tema Bangkit Bersama, Malaysia yang menyasarkan 111 pingat emas telah meraih tujuh emas, empat perak dan lima gangsa untuk menduduki tangga teratas jumlah pungutan pingat KL2017 setakat hari ini.

Dengar cerita sudah ada dakwaan dari pembangkang bahawa Najib diboo pada majlis berkenaan benar-benar satu kerja politik jahat untuk menidakkan sokongan rakyat yang kuat kepada Najib.

Mereka tidak boleh terima hakikat bahawa sokongan kepada Perdana Menteri adalah amat kuat sehingga mereka terpaksa membuat cerita untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jangan jadi bodoh, begitu besar rakyat menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana BN melakukan apa yang terbaik untuk kebajikan rakyat, bukan kerja mereka hanya menabur fitnah seperti pemimpin pembangkang terutamanya dari Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad.


#KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH

Sekianlah artikel #KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca #KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/kl2017-gegak-gempita-sorak-untuk-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#KL2017 : GEGAK GEMPITA SORAK UNTUK PM, KISAH KENA BOO HANYA FITNAH"

Posting Komentar