JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI

JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI
link : JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI

Baca juga


JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan forum ‘Nothing To Hide 2.0’ pada Ahad lalu terjadi kerana penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tragedi Memali tidak memuaskan.

Perkara itu juga memberi kesan kepada PAS, apatah lagi salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud menjadi mangsa tragedi berdarah itu.

Hadi, yang dipetik kenyataannya dalam menerusi lidah rasmi PAS iaitu Harakah Daily berkata, ‘penyebab’ kepada tragedi Memali itu perlu juga dipersalahkan.

“Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.

“Malah PAS juga mengisytiharkan mereka yang terbunuh itu sebagai ‘mati syahid’ kerana dizalimi.

“Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

“Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan,” kata Hadi.

Ibrahim Mahmud yang dirujuk Hadi juga dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Pemimpin PAS itu terbunuh bersama 13 yang lain dalam tragedi Memali 1985, pada waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hadi, dalam ulasannya juga berterima kasih kepada pihak yang bertanyakan soalan itu.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” katanya.

Kekecohan dalam forum anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tercetus selepas Dr Mahathir menjawab rentetan tragedi itu, bagaimana polis dan mereka yang terlibat terbunuh.

Sekumpulan penonton yang tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir secara tiba-tiba membaling selipar, botol air dan kerusi sekaligus mencetuskan huru-hara seretak dengan balingan beberapa suar.

Hadi dalam pada itu secara memberi nasihat secara sinis kepada pihak yang didakwanya sebagai ‘melempar batu sembunyi tangan dalam mengulas sejarah hitam ini’.

“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti,” katanya. – AntaraPos


JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI

Sekianlah artikel JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/jangan-marah-kalau-tak-mampu-jawab-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JANGAN MARAH KALAU TAK MAMPU JAWAB ISU TRAGEDI MEMALI – ABDUL HADI"

Posting Komentar