Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur

Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur
link : Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur

Baca juga


Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamed gagal menolong dan membangunkan orang Melayu sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Lebih teruk lagi, kata Tajuddin, Mahathir juga tidak mahu mendengar nasihat agar berusaha membantu orang-orang Melayu terutama usahawan Melayu.

“Mahathir tidak berjaya memajukan orang Melayu, dia tinggalkan orang Melayu,” kata Tajuddin ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Pasir Salak di Dewan Pekan Rabu, Pasir Salak, Teluk Intan, pagi Sabtu.

Dalam ucapan itu juga Tajuddin memberitahu -pada suatu dailog Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) di Port Dickson beliau pernah meminta Mahathir jangan meninggalkan orang Melayu.

“Saya minta Mahathir memajukan orang Melayu agar tidak ketinggalan apabila negara mencapai kemajuan sebagaimana berlakunya pada orang Melayu di Singapura,” kata Tajuddin.

“Sudah terlambat,” kata Tajuddin mengulas hasrat Mahathir untuk kembali membela dan menyelamatkan orang Melayu serta negara.

“Mahathir tidak boleh ditegur, jika ditegur kena tangkap masuk ISA, saya kena dan Datuk Zahid (Datuk Seri),” tambah Tajuddin.

Menurut beliau, orang Melayu telah lalui 22 tahun era Mahathir, kini era Datuk Seri Najib tidak seharusnya orang Melayu terus ketinggalan.

“Orang Melayu mesti berubah dan tidak mengharapkan subsidi, orang Melayu mesti bekerja keras untuk terus berjaya,” katanya.

Tajuddin berkata, sekiranya masyarakat Cina boleh membangun berjaya dalam perniagaan, apakah orang Melayu tidak boleh berjaya tanpa subsidi.

Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Pasir Salak dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan agar kerajaan mengubal dasar baharu untuk membantu orang-orang Melayu mencapai pegangan ekonomi lebih 30 peratus.

Menurut beliau pada masa ini sepatutnya orang-orang Melayu sudah mencapai sasaran ekonomi lebih 40 peratus.

“Ini bermakna cara serta dasar dan pelaksanaan untuk menyasarkan kedudukan ekonomi orang Melayu lebih 30 peratus telah gagal dan memerlukan dasar baharu,” tambah beliau.

Tajuddin menyeru kepada ahli-ahli UMNO agar kembali pada perjaungan parti keramat itu dan memilih pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat.


Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur

Sekianlah artikel Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/dr-mahathir-tidak-boleh-ditegurtua-tua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur"

Posting Komentar