AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA

AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA
link : AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA

Baca juga


AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas keperluan mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan untuk membincangkan konflik kerjasama parti itu dan PAS, seperti yang digesa Rafizi Ramli.

Menyifatkan kongres khas itu sebagai satu pandangan peribadi, beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin parti untuk tidak membawa urusan dalaman parti kepada pihak luar, termasuk media.

“Itu adalah pandangan peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Dalam mana-mana organisasi perbezaan pandangan dan pendekatan memang berlaku.

“Namun kepimpinan membawa maksud kita mesti mempunyai keupayaan untuk menguruskan perbezaan pandangan dan pendekatan dengan bijaksana dan tertib.

“Tidak ada keperluan untuk mendedahkan perkara ini kepada media kerana kepimpinan yang ada pada masa ini dipilih oleh akar umbi, maka kita kena beri mandat kepada kepimpinan,” ujarnya kepada pemberita.

Azmin ditemui selepas merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Pasca Penutupan 3 Tapak Pelupusan Sanitari, Pelancaran Sistem E-World dan Coffee Table Book di Air Hitam Landfill Park, pagi tadi.

Semalam Rafizi, yang juga Naib Presiden PKR mengesyorkan parti mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan untuk memutuskan konflik kerjasama antara PAS dan PKR.

Beliau mendakwa wujud dua kumpulan yang saling bertentangan di dalam parti dan membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani.

Mendakwa konflik itu mula berlaku pada pertengahan 2015 dan memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani PRU14, Rafizi juga berkata situasi itu mencetus kekeliruan di kalangan ahli akar umbi.

Isu kerjasama ini kembali hangat selepas tersebarnya gambar kunjungan Azmin bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Malah Wan Azizah juga berkata tidak menolak kemungkinan jalinan kerjasama berikutan membawa misi yang sama dalam kalangan pembangkang iaitu menumbangkan Umno-BN.

Namun PAS menegaskan bahawa pendirian mereka masih sama iaitu tiada kerjasama akan berlaku selepas ia diputuskan pada Mei lalu.

Azmin, pada kelmarin memberi bayangan parti akan mengadakan rundingan dengan PAS berhubung kerjasama di Selangor. – AntaraPos


AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA

Sekianlah artikel AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/azmin-ingatkan-rafizi-jangan-dedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AZMIN INGATKAN RAFIZI, JANGAN DEDAH MASALAH PARTI KEPADA MEDIA"

Posting Komentar