Judul : Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu
link : Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu
Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu
Di mana peranan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah, ketika kawasannya sedang dilanda isu kilang pemprosesan habuk kayu yang beroperasi di Sungai Lembu, Penanti...?
Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Oh Tong Keong, berkata Dr Wan Azizah 'ghaib' sepanjang isu terbabit hangat diperkatakan pelbagai pihak, sejak awal bulan ini.
"Beliau (Dr Wan Azizah) tidak mengemukakan sebarang kenyataan mahu pun melawat kawasan terbabit. Adakah beliau takut diboikot pemimpin pakatan pembangkang, seperti yang sedang dihadapi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin?
"Dr Wan Azizah perlu tahu bahawa beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan kerana undi daripada rakyat. Bagaimanapun, apa yang beliau lakukan untuk memastikan perkara ini diselesaikan segera?" katanya pada sidang media pda Khamis.
Dr Wan Azizah juga adalah Presiden PKR.
Susulan isu kilang pemprosesan habuk kayu bagi penghasilan penapis karbon itu, EXCO kerajaan negeri, Phee Boon Poh, bersama pengarah dan pengurus kilang berkenaan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan Boon Poh dikatakan berdasarkan beberapa surat dikemukakan dan ditandatangani beliau kepada pihak berkuasa supaya menangguhkan tindakan ke atas pengarah serta pengurus kilang haram terbabit, tahun lalu.
Tong Keong berkata, pihaknya juga akan memaklumkan isu terbabit kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow untuk mencadangkan supaya perkara berkaitan kilang haram dibangkitkan sebagai antara salah satu manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Sekianlah artikel Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/azizah-ghaib-tak-jenguk-tapak-kilang.html
0 Response to "Azizah 'ghaib'... tak jenguk tapak kilang haram Sungai Lembu"
Posting Komentar