Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen

Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen
link : Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen

Baca juga


Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen

Kedudukan kerusi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar dijangka akan berubah bagi menghadapi percaturan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), lapor akhbar Cina, Kwong Wah Daily.

Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan bertanding di Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor yang sebelum ini ditandingi calon PKR, Hee Loy Sian.

Hee Loy Sian pula akan beralih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun akan diisi oleh anak sulong Anwar, Nurul Izah yang juga Naib Presiden PKR.

Namun, akhbar itu tidak menamakan siapakah yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai, kerusi yang ditinggalkan Nurul Izzah itu.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini tewas di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah dilaporkan akan bertanding di DUN di Pulau Pinang, berkemungkinan di Penanti, sebagai persediaan untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ia selaras dengan pelantikan Saifuddin sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Penyandang kerusi DUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin dikhabar akan balik ke Selangor dan bertanding di Kajang, tempat yang sebelum ini diwakili Wan Azizah.

Keputusan ini bagaimanapun menunggu lampu hijau daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman yang juga sekutu Azmin di Pulau Pinang pula dikhabarkan mahu kembali bertanding semula di kerusi DUN.

Sebelum ini Mansor adalah ADUN Penanti yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sebelum diganti oleh ADUN PKR Pantai Jerejakk, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Di kawasan Parlimen Padang Serai di Kedah pula, penyandangnya, N. Surendran yang aktif di Lembah Klang dijangka digantikan ekoran rekod perkhidmatannya yang kurang memuaskan di Kedah.


Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen

Sekianlah artikel Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/wan-azizah-nurul-izzah-selamatkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen"

Posting Komentar