PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah

PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah
link : PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah

Baca juga


PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah

SHAH ALAM: Amanah tidak mempercayai laporan media bersabit kenyataan yang dibuat Menteri Besar Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Menurut Pengarah Komunikasinya Khalid Samad, beliau mahu mendengar sendiri daripada mulut kedua pemimpin PKR tersebut dan enggan mengulas lebih lanjut.

Ujar beliau, setakat yang difahami, kerajaan negeri Selangor hanya mengekalkan PAS sebagai sebahagian daripada pentadbiran dalam meneruskan mandat rakyat pada pilihan raya lalu.

"Saya pun tidak ada dengar dari mereka yang mereka kata begitu. Yang saya dengar mereka kata mereka masih nak kekalkan PAS atau Exco PAS dalam kerajaan oleh kerana nak jaga supaya mandat itu diteruskan.

"Tetapi kalau nak katakan PR masih wujud itu saya tidak dengar sendiri. Jadi, saya tak nak komen yang itu.

"Tetapi tidaklah kata PR itu masih wujud kerana saya rasa tidak mungkin mana-mana pihak mendakwa PR itu masih wujud dalam keadaan di antara PAS dengan DAP, PKR yang telah diputuskan. Jadi saya tidak tahu betul atau tidak kenyataan itu sepertimana yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Walau bagaimanapun katanya, Amanah menerima keputusan kerajaan negeri yang diteraju Azmin yang memutuskan untuk mengekalkan ahli PAS untuk terus berkhidmat meskipun PR sudah terkubur.

Terdahulu, laporan media melaporkan Azmin dalam kenyataan terbarunya bahawa negeri itu masih ditadbir oleh PR walaupun gabungan itu sudah tidak berfungsi lagi.

Kenyataan tersebut turut mengundang kritikan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Tony Pua menerusi di media sosial berhubung kenyataannya yang kerajaan negeri PR masih wujud.

Gabungan itu berpecah apabila PAS dan DAP memutuskan hubungan pada Julai, 2015.

Susulan itu, PKR, DAP dan Amanah membentuk Pakatan Harapan (PH) yang kemudiannya disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebelum ini, wujud desakan oleh pemimpin Amanah Selangor mendesak Azmin supaya berhenti cuba memikat PAS untuk membentuk pakatan pilihan raya dan fokus pada pembentukan sekretariat PH peringkat negeri untuk berdepan PRU.

Pembentukan sekretariat PH itu dikatakan tergendala kerana parti PKR di Selangor.


PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah

Sekianlah artikel PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/pr-selangor-amanah-mahu-dengar-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah"

Posting Komentar