Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini

Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini
link : Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini

Baca juga


Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini

Tun Mahathir Mohamed tidak konsisten dalam pendiriannya berhubung kenyataannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mendapat pengampunan Diraja.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata mantan Perdana Menteri itu bercakap dengan matlamat menghalalkan cara.

``Saya dah cakap dulu lagi, Tun Mahathir... dia punya cakap boleh berubah-rubah... hari ini dia cakap macam ni besok dia cakap benda lain, yang dia fikir perlu sesuai dengan keadaan semasa bagi dia lah.

``Jadi orang yang macam ni dia ni kita tak berasa syoklah bila macam tu..kan ..kita kena konsistenlah, saya dah cakap dulu pada Tun Mahathir  dia tak berapa senang hati dengan beberapa hal dalam kerajaan.

``Tetapi  janganlah sampai dia pergi kepada pihak pembangkang..pergi ke Bersih...dulu  mula kumpulan Bersih tunjuk perasaan dan sebagainya ..dia boleh pergi,  saya dah tengok bila dia pergi situ saya kata Tun Mahathir ini satu hari dia akan terperangkap, masuk perangkap pembangkang betul tak.?

``Dia akan digunakan oleh pembangkang, dia cuba nak bermain politik nak mengunakan pembangkang untuk membantu dia menjatuhkan kerajaan dan juga untuk menjayakan agenda dia tetapi dia tak tahu pembangkang ni tujuan  dia tidak begitu, tujuan mereka nak menjatuhkan orang Melayu nak menjatuhkan kerajaan , menjatuhkan pemimpin-pemimpin  kita.

``Apa yang untungnya kepada orang Melayu kalau sekiranya kerajaan ini jatuh..Dr Mahathir dia ingat dia boleh control semua .. hari ini berkawan dulu dengan UMNO sekarang dengan pembangkang ..dulu dengan Anwar sekarang nak berbaik dengan Anwar  dia ingat dia boleh control semua orang.

``Dalam bahasa Inggeris sebut `you can fool somebody sometime but you cannot fool everybody all the time... Kita boleh mainkan atau tipu seseorang pada satu satu ketika atau kadang-kadang tetapi kita tidak boleh mainkan  semua orang setiap masa… orang tahu… orang  tak  boleh terima,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik dan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim.

Tajuddin mengulas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong bekas seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika mendapat pengampunan diraja.

Mengenai peranan berkesan Wanita UMNO sebagai perayu undi dalam setiap kali pilihan raya, Tajuddin berkata, Wanita BN patut melihat kepada Wanita UMNO sebagai contoh dalam membuat kerja pilihanraya dimana telah terbukti bahawa Wanita UMNO ini kerja kerja jalinan rakyat..perayu undi mereka terbukti berkesan dan berjaya dalam setiap kali pilihan raya

``Jadi untuk memastikan  bahawa  kita juga boleh mendapat kejayaan yang sama daripada Wanita daripada parti komponen seperti MCA, MIC dan sebagainya mereka juga boleh melakukan kerja-kerja seperti mana yang dilakukan oleh Wanita UMNO…sistematik, teratur, konsisten dalam membuat kerja mereka… itu penting boleh dijadikan role model,’’ katanya.

Mengenai kehendak Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat  Abd Jalil yang mahukan 30 peratus calon Wanita pada PRU ke14 nanti, katanya, perkara itu tiada hal dan beliau menyokongnya.

`` Ya Okey..boleh 30 ke 40 ke tak ada hal kita sokong ..Wanita 30 peratus boleh..35 peratus boleh tapi yang perlu ialah calon itu adalah calon yang boleh meraih kemenangan..tak guna letak lelaki ke perempuanke ..kalau sekiranya lelaki tak boleh menang buat apa letak lelaki letaklah wanita..begitu juga sebaliknya.

``Yang kita hendak ialah kemenangan jadi calon itu ialah kritiria yang utama ialah kebolehmenangan dia jadi nak boleh menang seseorang itu mesti ada dia punya kritiria-kritiria dia seorang yang dikenali oleh masyarakat,  seorang yang telah banyak berkhidmat kepada masyarakat dan pengundi suka kepada dia dan bersedia untuk memilih dia sebagai pemimpin  sebagai wakil rakyat.

``Bukannya calon payung terjun yang tak ada rekod apa sekalipun tiba-tiba ohh dialah yang disukai tak manasabah tu ..tak manasabah kalau orang yang payung terjun… calon payung terjun tiba-tiba menjadi calon yang disukai oleh kawasan atau parlimen itu,’’ katanya.


Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini

Sekianlah artikel Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/pendirian-mahathir-berubah-ubahsudah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendirian Mahathir berubah-ubah...Sudah Terdesak Madey Ketika Ini"

Posting Komentar