Judul : NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG
link : NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG
NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG
Pertubuhan Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) semalam menuntut seorang ahli parlimen dan seorang bekas ADUN PKR menjelaskan isu berkaitan dakwaan hutang sebanyak RM233,833 dengan Yayasan Selangor.
Presidennya, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah mendakwa menerima surat layang yang menyebut kedua-dua pemimpin itu telah menjadi jururunding kepada sebuah syarikat swasta bagi menyelesaikan hutang sewaan empat premis di sebuah bangunan.
“Kami dapati, ada satu syarikat, yang kami tidak namakan lagi, telah berhutang dengan Yayasan Selangor sejak enam tahun lalu dan jumlah hutangnya walaupun kecil daripada semua yang kita ada dokumentasi yang lain, ia berjumlah RM233,833.
“Kami menyokong penuh Yayasan Selangor yang merupakan satu yayasan yang memperjuangkan hak bumiputera dan memberi peluang pelajaran untuk bumiputera dan anak-anak Selangor,” katanya pada sidang media di lobi Yayasan Selangor.
Zul Azhari bagaimanapun tidak memperincikan butiran syarikat dan premis yang didakwanya berhutang dengan Yayasan Selangor itu.
Tambahnya lagi, beliau kesal dengan apa yang berlaku sedangkan wang Yayasan Selangor tidak seharusnya disalahguna kerana ia melibatkan wang orang ramai.
Pendedahan berkenaan juga susulan gesaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2013 lalu yang mengeluarkan arahan supaya tindakan undang-undang diambil berhubung isu hutang itu.
Sebelum sidang media itu berlangsung Zul Azhari turut menyerahkan surat terbuka kepada Pengurus Bahagian Korporat Yayasan Selangor Zaini Sulaiman di lobi bangunan itu.
Zul Azhari turut menggesa NGO di Selangor untuk membongkar segala kemungkinan penyelewengan yang dilakukan.
“Mari bersama kami untuk membongkar dan melihat kalau ada apa-apa sejak Azmin ini memerintah, sejak PKR memerintah, apa kelemahan kerajaan PKR ini, saya harap semua dapat bersama kita,” katanya.

Sekianlah artikel NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/ngo-dakwa-dana-yayasan-selangor.html
0 Response to "NGO DAKWA DANA YAYASAN SELANGOR DISELEWENG"
Posting Komentar