Judul : MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH?
link : MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH?
MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH?
PAS sama sekali tidak memberi muka kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam masa sama, PAS juga memberi ‘amaran’ akan bertanding di kerusi lain milik PKR di seluruh negara termasuk kawasan DAP yang berpotensi dimenanginya di Pulau Pinang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hubungan parti itu dan PKR sudah putus, jadi tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan meskipun terpaksa berhadapan saingan tiga penjuru.
“Kami (PAS) tidak terikat dengan sesiapa sekarang, jadi kita bebas dan terserah untuk kita bertanding di mana dan banyak mana kawasan. Kita lawan tetap lawan, menang kalah, itu perkara lain…..
“Dulu kita ada persefahaman, perjanjian. Sekarang sudah tidak ada maka terserah pada kitalah.. Sebelum ada PKR, memang kerusi (Permatang Pauh) kita lawan UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu malam tadi.
Minggu lalu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh dan memberitahu bahawa parti itu telah mula menggerakkan jenteranya di semua kawasan di seluruh negara.
Kesal dengan tindakan tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan langkah yang diambil bekas parti sekutunya itu sebagai satu bentuk provokasi dan angkuh.
PKR menguasai kawasan Parlimen Permatang Pauh dan ‘dimonopoli’ oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) pada tahun 1999.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pihaknya sedang mengkaji kerusi lain yang menjadi milik DAP yang dilihat berpotensi untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya nanti.
Beliau berkeyakinan PAS mampu mencapai sasaran menang 40 kerusi Parlimen sekaligus menjadi penentu dalam pembentukan kerjaaan selepas PRU14.
Persoalannya sekarang mampukah PAS memecah kubu PKR di Permatang Pauh?
Berdasarkan sentimen semasa PAS itu yakin dapat merampas DUN Penanti yang kini disandang oleh PKR di samping mempertahankan DUN Permatang Pasir. – Kedahnews.com

Sekianlah artikel MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/mampukah-pas-robohkan-kubu-pkr-di.html
0 Response to "MAMPUKAH PAS ‘ROBOHKAN’ KUBU PKR DI PERMATANG PAUH?"
Posting Komentar