KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat

KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat
link : KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat

Baca juga


KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat

Pergerakan Pemuda UMNO mengesa tiga ahli politik veteran pembangkang bersara dari pentas politik tanah air.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menamakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta mendakwa mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam bidang berkenaan.

“Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada  BN, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Wangsa Maju, di ibu negara hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Dr Mahathir dan Anwar banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan peribadi..

” Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

“Justeru ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing  supaya ‘masalah lama’ sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan,” tegas Ahli Parlimen Rembau itu.

Sementara itu Khairy berkata pemimpin UMNO perlu menerapkan budaya ‘5C’ iaitu ‘clean’ (bersih), ‘competent’ (cekap), ‘compassionate’ (berbelas kasihan), ‘contemporary’ (kontemporari)  dan ‘competitive’ (kompetitif)untuk terus menerima sokongan rakyat khususnya sesetengah orang Melayu yang berasakan mereka tidak lagi memerlukan parti keramat itu

“Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat apa-apa daripada kerajaan atau perjuangan UMNO atau mungkin mereka dapat faedah, tetapi berasakan mereka hebat atas sebab diri mereka sendiri,” katanya lagi.


KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat

Sekianlah artikel KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/kj-saran-mahathir-kit-siang-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KJ saran Mahathir, Kit Siang, Anwar pencen....Politik Pecah Belah Rakyat"

Posting Komentar