Judul : Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
link : Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak. Kementerian Kewangan berkata projek Forest City di Johor merupakan strategi “di luar kotak” oleh kerajaan negeri untuk mengekang pembelian tanah oleh rakyat asing.
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata di bawah pelan tersebut, kerajaan negeri memastikan hanya rumah mahal dijual kepada warga asing.
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak. “Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan asing, strategi kerajaan Johor mewujudkan pulau buatan manusia di tengah laut untuk dibina Forest City merupakan pendekatan di luar kotak,” kata Lokman dalam kenyataannya.
Beliau berkata hasil daripada keuntungan jualan hartanah itu akan digunakan untuk membina rumah mampu milik.
“Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri,” kata bekas pemimpin Parti Keadilan Nasional itu.
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
Malah Lokman mendakwa “tanah rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun” di bawah dasar pemerintahan negeri sekarang, sambil menyindir pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini presiden PPBM.
“Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing masa presiden PPBM menjadi MB Johor,” kata Lokman.
Seluas 13,86 hektar, Forest City dibina di atas 4 pulau buatan dalam wilayah Iskandar Malaysia. Menelan belanja RM100 bilion, ia dijangka siap dalam masa 20 tahun.
Ia kerap dikritik oleh bekas perdana menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menganggap projek tersebut umpama menyerahkan kedaulatan negara dan menyebabkan warga asing memiliki sejumlah besar hartanah di negeri itu.
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
Projek tersebut baru-baru ini dilaporkan berdepan kesukaran apabila pemaju Country Garden menutup semua pusat jualannya di China, selepas Beijing memperkenalkan kawalan ketat ke atas pengaliran keluar modal. - fmt
Iklan
Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak
Sekianlah artikel Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/kementerian-kewangan-sifatkan-projek.html
0 Response to "Kementerian Kewangan Sifatkan Projek Forest City Sebagai Strategi Di Luar Kotak"
Posting Komentar