Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa

Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa
link : Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa

Baca juga


Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa

Pakatan pembangkang hanya populis dalam menabur janji untuk semata-mata meraih sokongan pengundi terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata janji pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘tidak berpijak di bumi yang nyata’ kerana ia pasti akan menimbulkan masalah kepada pendapatan negara.

“Mereka janji nak hapuskan GST tapi realitinya kerajaan memerlukan wang untuk pembinaan infrastruktur serta perlu membayar gaji kepada kakitangan awam.

“Kalau nak hapuskan GST ini lebih kurang RM40 bilion akan terpadam dari hasil negara dan ini sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah kepada pendapatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tujuh janji Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari selepas membentuk kerajaan jika menang PRU-14, antaranya, menghapuskan GST dan menstabilkan harga minyak.

Mustapa, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang adalah tidak bertanggungjawab dan tidak realisitik serta amat mustahil untuk dilaksanakan.

“Mungkin ada rakyat yang akan terpengaruh tapi kita mahu rakyat Malaysia berfikir sedalam-dalamnya dan kita yakin mereka semakin matang dan akan membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Ditanya mengenai pelancaran fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) oleh Perdana Menteri, Najib Razak semalam, beliau berkata ia akan membawa perubahan besar dalam kaedah pengangkutan awam di negara ini.

“Yang penting kita nak galakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan beban rakyatuntuk berulang-alik dari tempat kerja. Ini merupakan salah satu legasi Najib dan banyak lagi yang akan dilaksanakan bagi mentransformasikan gaya hidup rakyat Malaysia,” katanya.


Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa

Sekianlah artikel Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/hapus-gst-hanya-janji-populis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hapus GST hanya janji populis pembangkang - Mustapa"

Posting Komentar