Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan

Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan
link : Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan

Baca juga


Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan

Pakatan Harapan (PH) cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP sebenarnya yang menentukan siapa bakal perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, ini kerana parti yang mempunyai kerusi terbanyak di parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu adalah yang akan menentukan calon perdana menteri mereka.

Menurutnya walaupun pakatan itu mencadangkan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR menjadi perdana menteri berikutnya tetapi dalam realiti politik, jawatan itu akan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di parlimen.

"Dalam kes BN, perkara itu akan diputuskan oleh Umno terutamanya kerana Umno memiliki kerusi terbanyak.

"Bagi PH, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu," katanya dalam catatan terbaru blog beliau malam tadi.

Salleh berkata fakta itulah yang cuba disembunyikan gabungan berkenaan daripada rakyat Malaysia dengan menamakan Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, namun pada masa sama melantik perdana menteri sementara sehinggalah beliau dibebaskan daripada penjara.

Selain itu, katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah sentiasa daripada kalangan orang Melayu kerana itu adalah satu-satunya cara bagi PH mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada  mereka.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Bendahari Umno percaya bahawa tanpa PAS, PH tidak mudah meraih undi pemilih Melayu.

"Malah, DAP masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Dan Mahathir pula merasakan beliau adalah gam yang mengikat PH walaupun wujud banyak perbezaan antara mereka. Tetapi partinya, Bersatu (PPBM), hanya mempunyai satu kerusi dan tidak  mempunyai kuasa untuk bercakap lebih," kata beliau.

Selain menamakan Anwar sebagai pemimpin umum, mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung lima jam pada malam Khamis turut melantik Dr Mahathir (PPBM) sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai presiden.


Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan

Sekianlah artikel Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/hakikatnya-dap-yang-tentukan-calon-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hakikatnya... DAP yang tentukan calon PM bagi Pakatan"

Posting Komentar