‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG

‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG
link : ‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG

Baca juga


‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG

APA yang dapat disimpulkan daripada forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama beberapa hari lalu adalah rata-rata penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menerima kewujudan Tun Dr Mahathir Mohamad. Majoriti peserta yang hadir pada forum tersebut melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan PH yang diketuai DAP melantik Mahathir sebagai pengerusi pakatan tersebut.

Empat panel jemputan iaitu aktivis pembangkang, Hishamudin Md. Rais; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Dr. Michael Jayakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU) dilihat gagal menjawab soalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.

Seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak.

Selain itu beliau turut mempersoalkan mengapa perlunya Mahathir yang disifatkan sebagai diktator perlu diangkat untuk memimpin pakatan pembangkang. Menurutnya lagi, generasi-y di negara ini sudah muak dengan Mahathir dan menolak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mentah-mentah.

“Nama saya Ahmad, saya adalah bekas penyokong tegar pakatan rakyat. Soalan saya, siapa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?

“Perdana Menteri dalam pakatan ini kita tak tahu siapa. Kita tak boleh ada interim (Perdana Menteri sementara), kita tak boleh ada Wan Azizah sekejap sementara tunggu Anwar Ibrahim keluar jail..ini semua bullshit tuan-tuan..kita nak benda konkrit.

“Secara jujurnya pakatan perlulah jawab benda ini. Mahathir Mohamad adalah diktator daripada dulu sampai sekarang. Adakah Pakatan Harapan memerlukan satu diktator untuk ‘put everyone together’? Adakah kita gunakan model Barisan Nasional (BN) dahulu di mana ada satu ‘big brother’ yang control semua orang?

“Pendapat kami, kita taknak Mahathir dan ini adalah suara gen y..suara kami kami tak mahu Mahathir,” katanya.


‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG

Sekianlah artikel ‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/diktator-mahathir-ditolak-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG"

Posting Komentar