DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU

DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU
link : DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU

Baca juga


DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU

“Saya mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad), tetapi saya faham sudut pandangan beliau”

Itu reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung kenyataan Mahathir mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggap sebagai parti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kata Kit Siang, Mahathir mahu PPBM dianggap sebagai parti Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan Melayu untuk Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP.

Justeru, beliau berpandangan walaupun Mahathir mahu PPBM dianggap sebagai sebuah parti Melayu, tetapi parti itu sebenarnya adalah parti ‘Malaysian’.

“PPBM lebih ‘Malaysians’ berbanding UMNO. ‘Malaysians’ kekal sebagai Melayu, Cina dan India,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mahathir beberapa hari lalu menegaskan partinya tidak boleh membenarkan logo mereka diguna pakai DAP supaya PPBM kekal dilihat sebagai parti Melayu.

Kata Mahathir, partinya perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu kerana Pakatan Harapan akan tempang pada PRU14 tanpa sokongan pengundi Melayu.

DAP sebuah parti politik yang memperjuangkan fahaman sekular dan liberal mengetengahkan ideologi ‘Malaysians Malaysia’ sejak berpuluh tahun lalu.

‘Malaysians Malaysia’ antara lain bermaksud hak sama rata untuk setiap kaum dan agama di negara ini atas nama keadilan.

Catatan di internet pernah menyebut konsep ‘Malaysian Malaysia’ merupakan agenda politik untuk menentang dasar etnik pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sebilangan tokoh Melayu zaman lampau berpandangan ‘Malaysian Malaysia’ konsep yang secara tidak langsung bakal menghapuskan hak-hak istimewa Melayu atas dasar sama rata. –Kedahnews.com


DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU

Sekianlah artikel DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/dap-tegaskan-ppbm-lebih-malaysians.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP TEGASKAN PPBM LEBIH “MALAYSIANS” WALAUPUN MELAYU"

Posting Komentar