DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid

DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid
link : DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid

Baca juga


DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid

DAMANSARA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan DAP akur dengan arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru.

Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu, sekiranya DAP tidak mengadakan pemilihan semula jawatan utama parti berkenaan sepertimana yang dikehendaki RoS, dikhuatiri ia akan mengundang 'bencana' yang lebih buruk terhadap mereka.

"Saya berharap DAP menerima cadangan Ros supaya diadakan pemilihan semula supaya tidak ada keraguan tentang keupayaan pemilihan dan mereka-mereka yang dipilih. Jadi oleh sebab itu saya berharap ini (pemilihan semula) berlaku.

"Bukan satu perkara yang sukar dibuat. Kalau tak nak buat boleh juga tetapi boleh jadi akan kena bencana. Namun boleh meminta mahkamah menyelesaikan perkara ini. Tetapi kalau mahkamah selesai perkara ini boleh jadi kelulusan ataupun hasilnya boleh tiga-empat tahun akan datang dan akan beri kesan yang buruk kepada parti DAP," katanya kepada Antarapos ketika Majlis Rumah Terbuka di kediamannya hari ini.

Malah, Khalid berkata pemilihan tersebut dijangka tidak akan memberi impak kepada parti itu berikutan ianya hanyalah prosedur yang selaras dengan undang-undang yang telah ditetapkan untuk sesebuah parti politik.

"Tiada impak. Ini adalah operasi. Kalau rasa sebuah parti yang ingin beroperasi mengikut undang-undang di negara, buat lah yang betul. Bukannya susah sangat. Ia hanya mengambil masa 60 hari ke 100 hari sahaja untuk memanggil Mesyuarat Agung DAP," katanya.

Sambil memberi contoh pengalamannya yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR dahulu, Khalid berkata memang satu kewajipan untuk mematuhi perlembagaan parti dan jika berlaku sebarang percanggahan, maka RoS bertanggungjawab ke atas hal itu.

Semalam RoS meminta DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ini kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohamad Razin berkata, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baru untuk memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.


DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid

Sekianlah artikel DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/dap-patut-akur-arahan-ros-jika-enggan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP patut akur arahan RoS jika enggan undang 'bencana' - Khalid"

Posting Komentar