Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh

Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh
link : Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh

Baca juga


Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh

“Mengejutkan dan lucu,” demikian respon Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak terhadap dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dihukum secara tidak adil dan keputusan mahkamah Malaysia dipengaruhi kerajaan.

Menerusi catatan di blog beliau, Salleh berkata kenyataan itu menunjukkan Dr Mahathir berpendapat badan kehakiman negara ini korup dan hakim tidak bertindak jujur apabila menjatuhkan hukuman ke atas Anwar.

Katanya, tindakan bekas perdana menteri itu satu penghinaan kepada mahkamah selain usaha bagi memburukkan imej negara.

“Hakikatnya, menjadi tanggungjawab Dr Mahathir juga untuk meminta maaf kepada Anwar atas semua kesalahan dilakukannya kepada bekas ketua pembangkang itu sejak 1998.

“Tidak ada gunanya mendakwa Anwar disabitkan bersalah atas sesuatu jenayah yang tidak pernah dilakukannya tetapi tidak membuat perubahan dengan sekurang-kurangnya memohon kemaafan.

“Tindakan itu (minta maaf) akan menunjukkan beliau percaya Anwar adalah mangsa konspirasi politik,” katanya menerusi laman blog rasminya, sskeruak.blogspot.my, Sabtu.

Kelmarin Dr Mahathir yang temubual media United Kingdom, The Guardian, berkata Anwar perlu dibebaskan dari pejara dan diberikan kebenaran untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai ‘mangsa dendam politik’ dan ‘diperlakukan secara tidak adil’.

Mengulas lanjut, Salleh berkata kegagalan Dr Mahathir meminta maaf daripada Anwar akan turut membuktikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kebimbangan bekas Perdana Menteri itu terhadap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah benar.

Katanya, siasatan itu berhubung kerugian pertukaran asing berjumlah RM30 bilion dialami Bank Negara Malaysia ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir.

“Kebimbangan utama Dr Mahathir ialah Anwar akan memberi keterangan terhadapnya dan kebenaran membabitkan kerugian RM30 bilion akan didedahkan. Oleh itu, langkah yang diambil Dr Mahathir ketika ini terhadap Anwar tidak ikhlas,” katanya.


Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh

Sekianlah artikel Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/dakwaan-tun-m-melucukan-salleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Tun M melucukan…- Salleh"

Posting Komentar