Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid

Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid
link : Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid

Baca juga


Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid

Musim mesyuarat UMNO Bahagian sudah bermula.Jumaat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi rasmi mesyuarat pertama yakni UMNO Bahagian Batu Pahat.

Sekalipun bila pilihanraya umum masih menjadi teka teki namun tema ucapan beliau ketika merasmikan mesyuarat itu banyak berkisar kepada bab berkenaan.

Antara yang menarik Naib Presiden UMNO itu meminta ahli parti tidak terpedaya dengan analisa yang dibuat oleh pusat-pusat kajian diterajui puak pembangkang yang beri gambaran calon UMNO/BN boleh menang mudah di sebilangan tempat jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan sebagainya.

Tanpa sebut nama tetapi dipercayai merujuk kepada pusat kajian oleh Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli,beliau kata dibuat seorang pemimpin muda dalam pembangkang yang bagi gambaran seumpama itu.

"Mereka ada kajian rambang menerusi telefon dan hasilnya didedahkan kepada orang ramai. Kita tahu kajian itu bukan untuk ketelusan tetapi hendak tunjuk seolah-olah UMNO dan BN masih boleh memerintah negara," katanya.

Beliau menduga ada agenda tersembunyi pada analisis kajian berkenaan supaya jentera BN leka.

"Kita jangan terjebak dengan analisis kajian yang dilakukan sebab ada agenda tersembunyi supaya kita leka seolah-olah kita terus memerintah negara dan mereka berharap supaya tidak berusaha bersungguh-sungguh," katanya.

Beliau menyeru ahli parti baik pimpinan dan ahli bawahan berpadu agar matlamat untuk mendapat kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen dapat dicapai.

Mengenai pemilihan calon yang akan bertanding beliau meminta pimpinan di bahagian-bahagian bersikap terbuka dan reda jika ada orang lain yang lebih baik terpilih.

Zahid memberitahu kriteria pemilihan calon kali ini adalah lebih ketat dan bukan saja ditentukan oleh ‘ winnnable’ dan orang berkenaan mestilah yang disukai ramai yakni ‘ likeable’.

Katanya  kajian oleh universiti mendapati 85 peratus bergantung kepada faktor calon dan cuma 15 peratus faktor lain.

Timbalan Perdana Menteri beri contoh ia terbukti menerusi pemilihan calon semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan Sungai Besar (Selangor) serta PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu di Sarawak.

"Calon mesti disukai walaupun bukan terdiri daripada kepimpinan bahagian. Jadi, jika ada perwakilan bahagian disukai dan boleh menang, maka, jangan terkejut jika kita tidak pegang jawatan pun, kita akan dipilih," katanya.

Zahid juga mengingatkan strategi pembangkang untuk cetuskan kemarahan rakyat peda kerajaan dengan membuat hasutan demi hasutan.

Mengambil contoh keputusan pilihanraya kawasan Batu Pahat dimana BN cuma kalah kepada calon PKR dengan 1,500 undi sahajabeliau mahu jentera parti berkerja keras dekati dan pikat golongan pengundi atas pagar.


Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid

Sekianlah artikel Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/awasanalisis-pusat-kajian-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Awas…analisis pusat kajian pembangkang gambarkan BN menang mudah – TPM Zahid"

Posting Komentar