Judul : PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam
link : PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam
PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam
Usaha sama dalam industri automatif adalah satu perkara biasa memandangkan tidak banyak syarikat pembuat kereta mampu bertahan secara sendirian,
Dalam satu kenyataan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan untuk mewujudkan usaha sama PROTON Holdings Bhd dengan Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd dibuat atas dasar komersial demi kepentingan terbaik syarikat itu, vendor dan warga kerjanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha sama PROTON-Geely baru-baru ini.
“Amat malang kerana niat baik dan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk kejayaan PROTON dilabel Dr Mahathir sebagai satu tindakan balas dendam.
“Perkongsian dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk manfaat yang akan diraih daripada teknologi, kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta suntikan tunai Geely,” katanya, Sabtu.
Pada masa yang sama, Mustapa turut mempersoalkan alasan mempertahankan ‘kebanggaan negara’ seperti didakwa bekas Perdana Menteri itu, jika langkah itu hanya membuatkan syarikat pengeluar kereta nasional itu terus ‘merana’ serta menjejaskan kebajikan para pekerjanya.
“Tambahan pula, tiada guna mengulangi dakwaan kerajaan mengorbankan kebanggaan negara memandangkan bukti yang ditunjukkan oleh perkongsian PERODUA-Daihatsu dan banyak lagi perkongsian lain.
“Kepada pengkritik kerjasama PROTON-Geely, saya kata cukup, cukuplah. PROTON akan mempunyai rakan kongsi strategik asing yang maju ke hadapan bagaimanapun Malaysia masih mengekalkan pegangan majoriti,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Mustapa turut menafikan tuduhan bahawa kerajaan tidak memberi dana pinjaman mudah RM1.5 bilion seperti dijanjikan kepada Proton pada April 2016, yang merupakan syarat kepada syarikat itu untuk mendapatkan rakan kongsi strategik asing.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sudah memperuntukkan RM1.25 bilion kepada PROTON yang sebahagian besar digunakan untuk menjelaskan bayaran tertunggak kepada vendornya dan baki RM250 juta akan diberikan dalam tempoh seminggu ini.
“Proton sudah mengemukakan beberapa perancangan promosi eksport kepada kerajaan sejak lima tahun lepas, namun malangnya, tiada satu pun yang menjadi kenyataan,” katanya.

Sekianlah artikel PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/proton-usaha-kerajaan-dilabel-sebagai.html
0 Response to "PROTON: Usaha kerajaan dilabel sebagai balas dendam"
Posting Komentar