Judul : PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan
link : PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan laporan parti itu bersetuju Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Pakatan Harapan (PH) sebagai pengerusi.
Katanya, laporan The Malaysian Insight yang mengatakan mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi membuat keputusan itu “tidak tepat”.
“Maaf, tapi berita @msianinsight mengenai mesyuarat Biro Politik tidak tepat. Perbincangan masih berjalan. Pengumuman rasmi (akan dibuat) dalam mesyuarat Majlis Presiden PH,” tulisnya di Twitter.
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan. Menurut laporan itu, PKR bersetuju pengerusi PPBM itu mengambil peranan sama dalam pakatan pembangkang untuk “meningkatkan prospek mereka pada pilihan raya umum akan datang”.
“Biro politik bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden,” kata seorang sumber PKR kepada The Malaysian Insight sambil menambah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PH.
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan
Sumber sama mendedahkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi timbalan presiden PH.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan mahu Dr Wan Azizah menjadi pengerusi PH.
Barisan kepimpinan PH perlu dimuktamadkan untuk membolehkan pakatan itu didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang di bawah 1 logo.
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan. PH yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP pada 2015 menerima penyertaan PPBM sebagai parti komponen rasminya pada Mac lalu. - fmt
Iklan
PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan
Sekianlah artikel PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/pkr-nafi-mahathir-pengerusi-pakatan.html
0 Response to "PKR Nafi Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan"
Posting Komentar