Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...

Peguam Negara dedah agenda politik DoJ... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Negara dedah agenda politik DoJ..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...
link : Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...

Baca juga


Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...

Tiada permohonan rasmi daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan, bukti dan maklumat lanjut terhadap dakwaan mereka.

Perkara itu didedahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Menurutnya, tindakan DoJ memfailkan saman sivil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berasaskan politik dan bukan undang-undang.

"Jika mereka minta (maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan.

"Justeru, saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik memandangkan ia dipercayai berdasarkan maklumat segelintir pihak dari Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor Selasa.

Pada majlis itu, kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang juga seorang pendekar digeruni di Kelantan sekitar 1920-an, berkumpul.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan kelmarin, menggesa semua parti politik di negara ini menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran.

Beliau berkata, banyak ayat dalam al-Quran yang melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Mohamed Apandi berkata, kuasa asing tidak boleh dibiar mencampuri hal ehwal dalaman kerana boleh menggugat keamanan negara.

"Kita percaya tindakan DoJ adalah berunsur politik semata-mata memandangkan hasil siasatan dibuat tidak menjurus kepada apa yang didakwa mereka," katanya.


Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...

Sekianlah artikel Peguam Negara dedah agenda politik DoJ... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Peguam Negara dedah agenda politik DoJ... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/peguam-negara-dedah-agenda-politik-doj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam Negara dedah agenda politik DoJ..."

Posting Komentar