MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG

MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG
link : MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG

Baca juga


MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG

Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja bergelut untuk mewujudkan ‘mimpi indah di siang hari’, malah berhadapan krisis bagi mencari pemimpin yang layak menerajui mereka.

Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, ketaksamaan prinsip dan ideologi sesama mereka dapat dilihat dari segenap sudut.

“Saya lihat senario politik dalaman pakatan itu, masing-masing cuba menamakan pemimpin dari parti mereka menjadi Perdana Menteri seandainya memenangi PRU ke-14

“Selain itu, mereka juga berhadapan dengan krisis kepimpinan dengan PKR memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bayangan PH, tetapi masih wujud cakap-cakap kurang senang dengan keputusan itu kerana Ketua Umum parti serpihan UMNO itu masih dipenjara,”jelasnya kepada BNBBC .my portal, Khamis.

Menurut Achmad, perkara ini disedari oleh Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad yang melihat pembangkang memerlukan satu momentum kesepakatan politik yang dapat melonjakkan mereka dalam arena politik tanah air.

“Tidak hairanlah, tiba-tiba Tun M menawarkan diri untuk dinamakan perdana menteri sekali lagi, kerana beliau menyedari PH perlu melakukan sesuatu bagi menyaingi kelebihan yang ada pada Barisan Nasional.

“Jadi strategi menamakan bakal Perdana Menteri ketujuh adalah retorik politik semata bagi menutup kepincangan mereka pada masa ini,” katanya lagi.

Menurut Achmad (foto), keempat-empat parti dalam Harapan bergelut untuk menagih kepercayaan rakyat dalam PRU-14.

“Lihat sahaja bagaimana DAP masih lagi bergolak dengan isu ketelusan tadbir urus kerajaan Pulau Pinang dan PKR dengan kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.

“Manakala PPBM pula yang baru setahun jagung sedang berhadapan dengan krisis dalaman sehingga sebilangan besar akar umbi  di Perak bertindak keluar parti akibat protes kepada kepimpinan tertinggi,” jelasnya lagi.

Achmad pada masa yang sama mendakwa rakyat bakal berhadapan risiko tinggi sekiranya memilih PH sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Terpulanglah, sebab kuasa memilih di tangan pengundi untuk memilih siapa menerajui negara.

“Bagaimanapun, apa rasionalnya kita memperjudikan nasib negara kita kepada pembangkang? Lebih baik kerajaan sedia ada terus mentadbir disebabkan mempunyai rekod baik yang membanggakan sejak enam dekad lalu,” jelasnya lagi.


MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG

Sekianlah artikel MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/menamakan-pm-hanya-retorik-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MENAMAKAN PM HANYA RETORIK POLITIK PEMBANGKANG"

Posting Komentar