Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian

Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian
link : Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian

Baca juga


Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian

Dalam keadaan dunia yang kini berdepan dengan pelbagai aksi keganasan termasuk terbaru di London dan Manchester kerajaan perlu ambil langkah ke depan untuk perkasa pasukan keselamatan untuk menanganinya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi Ahad mengumumkan bahawa Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan daripada berlaku di negara ini.

Katanya bahagian berkenaan yang akan ditempatkan di Bukit Aman akan diketuai seorang pegawai paling kanan.

"Insya-Allah kita berhajat untuk menjadikan unit anti keganasan bukan lagi unit tetapi bahagian anti keganasan, ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan menolak peristiwa keganasan," katanya kepada wartawan selepas menghadiri program penerapan nilai-nilai murni pada bulan Ramadan di Masjid Mahmudi, di Bachok.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Majlis tersebut turut meraikan warga Kementerian Dalam Negeri serta anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan memanggil secepat mungkin mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bagi membincangkan langkah menaik taraf unit anti keganasan tersebut.

Sebelum ini, katanya, terdapat sebuah bahagian yang dinamakan Bahagian Anti Keganasan tetapi empat tahun yang lalu ia telah dijadikan sebagai unit.

Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kejadian keganasan yang berlaku di luar negara termasuk yang terbaru di tengah kota London maka bahagian tersebut perlu diwujudkan dengan diketuai pegawai paling kanan.

"Kita merasakan seorang pegawai paling kanan mesti ditempatkan (di bahagian tersebut) untuk melihat bukan sahaja pendekatan secara holistik bagi menangani pencegahan kejadian keganasan tetapi kita harus melakukan lebih daripada itu termasuk mendapatkan kerjasama seluruh masyarakat," katanya.

Justeru, beliau turut mengajak parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama dalam usaha mencegah keganasan itu kerana pencegahan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi semua pihak.

"Semua pihak harus siapsiaga untuk membantu PDRM melakukan pencegahan dan mengatasi masalah ini," katanya.

Dalam masa sama, Zahid mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya sebarang kejadian keganasan termasuk di ibu kota London.


Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian

Sekianlah artikel Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/langkah-tangani-keganasanunit-anti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian"

Posting Komentar