Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari

Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari
link : Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari

Baca juga


Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari

 Prof Abdul Aziz Bari sepatutnya lebih arif mengenai ilmu perlembagaan berkaitan hak Raja-Raja, sebelum mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan titah Sultan.

Penganalisis politik Dr Aidit Ghazali menempelak kenyataan ahli DAP itu yang seolah-olah mempertikai hak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenan supaya tiga Exco PAS untuk terus berada dalam kerajaan negeri.

"Saya rasa Abdul Aziz sebagai seorang pakar perlembagaan dia patut tahu dan faham tentang peruntukan-peruntukan yang wujud termasuk apa yang merupakan hak bagi raja-raja.

"Jadi salah satu perkara yang jelas termaktub adalah hak raja-raja untuk merestui sesiapa pun yang boleh berada dalam kepimpinan negara dan negeri," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.

Perkenan Tuanku Sultan itu selepas mengambil kira kepentingan rakyat Selangor berbanding hal ehwal keadaan politik semasa yang melanda antara PAS dan PKR.

Status kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya susulan parti itu mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.

Selepas itu PKR mengarahkan kesemua wakilnya meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan.

Setakat ini PKR sedang dalam proses mengumpulkan tanda tangan surat peletakkan jawatan itu.

Jangan politikkan titah Sultan

Malah Aidit turut berharap agar Aziz dapat membezakan mana-mana perkara yang boleh dipolitikkan atau tidak.

"Saya lihat disini, Prof Abdul Aziz bukan berbicara sebagai pakar perlembagaan dan untuk mengatakan PAS adalah hipokrit, kepada saya itu adalah kenyataan politik dan membuat penghukuman berdasarkan sesuatu yang tidak selari dengan pegangan politik dia, bukan dari segi pengetahuan undang-undang.

Itu sebab saya sebagai kawan lama Prof Abdul Aziz, saya harap beliau akan kembali balik kepada ilmu yang ada pada beliau bukan yang berdasarkan kepentingan politik untuk menentukan pendirian beliau," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar satu lagi tuduhan Aziz, tentang kemenangan PAS pada PRU-13, yang dakwanya bukan atas dasar mandat sebaliknya kerana manifesto.

"Untuk mengatakan bahawa pengundi mengundi satu-satu pihak adalah disebabkan manifesto adalah tidak benar, ada sesetengah pengundi memilih disebabkan manifesto, ada sesetengah memilih sebab dia tidak tahu cukup fakta tentang pihak-pihak tertentu maka dia mengundi pihak yang dia rasa dia cukup fakta, ada pihak mengundi disebabkan emosi dan ada pengundi mengundi disebabkan termakan janji.

Jadi untuk mengatakan pengundi mengundi untuk manifesto adalah tidak benar, kerana perkara ini adalah perkara yang asasi untuk mana-mana yang bergelar ahli politik" katanya lagi.


Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari

Sekianlah artikel Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/jangan-pertikai-titah-sultan-kata-aidit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan pertikai titah Sultan, kata Aidit kepada Aziz Bari"

Posting Komentar