DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?

DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?
link : DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?

Baca juga


DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?

AMPANG 21 Jun - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) diminta menunjukkan bukti berhubung tuduhan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyeleweng wang rakyat Malaysia untuk perbelanjaan keperluan peribadi.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, sehingga kini siasatan DoJ hanya berdasarkan dokumen yang diberikan oleh sebuah parti politik dari Malaysia dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Realitinya, kata beliau, pada masa ini badan undang-undang Amerika Syarikat itu hanya membuat tuduhan berdasarkan aduan pihak terbabit tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Dakwa beliau, ini seolah-olah DoJ dirasuah oleh Dr. Mahathir bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi negara.

“Saya hairan bagaimana rakyat Malaysia boleh percaya sedangkan tiada bukti dikeluarkan (oleh DoJ).

“Saya juga membantah sekeras-kerasnya cara parti pembangkang tersebut berpolitik kerana ia tidak beradab,” katanya pada sidang akhbar berkenaan isu tersebut di sini hari ini.

Beliau juga hairan bagaimana badan seperti DoJ yang bercakap soal keadilan tetapi boleh mengeluarkan kenyataan tanpa disertakan sebarang bukti.

“Kenyataan (DoJ) ini bersifat fitnah dan ada udang di sebalik batu,” katanya.

Malah kata Jamal, ini juga merupakan agenda jahat pembangkang di negara ini untuk menjatuhkan Najib dan merosakkan imej negara.

“Ini juga menunjukkan mereka sudah kehabisan modal untuk menjatuhkan Najib,” katanya. - UTUSAN ONLINE



DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?

Sekianlah artikel DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/doj-mana-bukti-najib-seleweng-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DoJ: Mana bukti Najib seleweng wang rakyat?"

Posting Komentar