Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey

Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey
link : Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey

Baca juga


Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara disifatkan sebagai lakonan semata-mata.

Bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim percaya bekas Perdana Menteri itu 'sanggup' melakukannya kerana percaya Anwar tidak akan bebas dengan mudah.

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) menandatangani petisyen bebas Anwar, tetapi beliau tahu ia tidak boleh terjadi.

"Maka pada pendapatnya, apa salahnya. Tandatangan sahajalah," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Tunku Aziz memberi reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen supaya Anwar dibebaskan dari penjara, selepas menghadiri perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR Kali ke-12, semalam.

Dr Mahathir sering dituduh sebagai individu yang bertanggungjawab atas pemenjaraan Anwar atas kesalahan liwat pada tahun 1999.

Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) disepakati oleh PKR, DAP dan Amanah untuk menaikkan Anwar, namun tidak bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dr Mahathir, selaku Pengerusi PPBM pernah berkata perkara berkenaan perlu diputuskan hanya jika pembangkang memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perbalahan sesama komponen PH.

'Kurang minat' Mahathir terhadap Anwar sebagai perdana menteri juga terserlah ketika perasmian kongres PKR semalam, apabila beliau dilihat 'sibuk' dengan telefon bimbitnya ketika pemimpin PKR, DAP dan Amanah mengangkat plakad menyokong Anwar.

Tunku Aziz ketika mengulas juga berkata tindakan Dr Mahathir itu dilakukan atas kepentingan politiknya.

"Mungkin beliau rasa tak rugi, tetapi ini hanya sementara waktu sahaja," ujarnya lagi.


Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey

Sekianlah artikel Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/tun-m-hanya-berlakon-setuju-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey"

Posting Komentar