Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS

Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS
link : Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS

Baca juga


Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS

KUALA LUMPUR: Selepas Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), sebuah lagi parti kecil mahu menyertai Gagasan Sejahtera yang dipimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahterea bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan, dan boleh dipanggil bila-bila masa mulai sekarang.
“Kita alu-alukan sebarang usaha, sokongan dan dokongan kepada Gagasan Sejahtera,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.
Beliau berkata PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya.
“Insya Allah, kita akan teliti permohonan mereka ini dan kita akan adakan pertemuan dengan pihak yang mengatakan keinginan untuk bersama Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Gagasan Sejahtera diasaskan pada 16 Mac tahun lepas. Dalam gabungan tersebut, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme.
Pada mesyuarat agung tahunan PAS baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya memberitahu gabungan itu akan diperkemaskan dengan penyertaan badan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan bekas pegawai kanan kerajaan.
PAS dilaporkan meletakkan sasaran antara 40 hingga 100 kerusi Parlimen, dan 4 negeri selain mempertahankan Kelantan, pada PRU14 nanti. #sumber


Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/tuan-ibrahim-sebuah-lagi-parti-kecil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuan Ibrahim: "Sebuah Lagi" Parti Kecil Mahu Sertai Gagasan Tajaan PAS"

Posting Komentar