Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat

Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat
link : Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat

Baca juga


Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang disiasat polis Britain berhubung kes serangan bom di Manchester pada 22 Mei lalu, berada dalam keadaan selamat.
 
Ketiga-tiga pelajar itu terdahulu ditahan polis hampir empat jam semalam.
 
“Saya telah pun berkomunikasi secara langsung dengan ketiga-tiga pelajar berkenaan, dan suka dimaklumkan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang selamat,” kata Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) Umno Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican.
 
Beliau berkata secara peribadi mengenali dan pernah bertemu dengan dua daripada tiga pelajar berkenaan, ketika program ramah mesra bersama pelajar awal tahun ini.
 
Terdahulu polis menahan tiga pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa England berhubung serangan bom di bandar raya itu.
 
The Times melaporkan, tiga pelajar Malaysia itu disoal siasat kerana alamat mereka digunakan oleh suspek, Salman Abedi, yang meletupkan dirinya ketika konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena. 
 
Serangan itu menyebabkan kematian 22 orang dan kecederaan 116 pengunjung, termasuk kanak-kanak.
 
Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata Salman dipercayai mungkin cuba menggunakan kediaman tiga orang pelajar itu sebelum melakukan serangan. Bagaimanapun, kaitan itu terlalu kabur, menyebabkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.
 
Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan berkenaan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.
 
Dalam kenyataan hari ini, Reezal berkata pembebasan tiga rakyat Malaysia itu dibuat tanpa syarat.
 
BPLN juga merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama penuh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang menuntut di United Kingdom.
 
Manchester digegarkan dengan serangan bom sejurus selepas penyanyi Ariana Grande membuat persembahan, menyebabkan lebih 20 orang maut, termasuk pengebom berani mati yang dipercayai anggota kumpulan pengganas.
 
 


Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat

Sekianlah artikel Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/tiga-pelajar-malaysia-disiasat-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat"

Posting Komentar